Khamis, 4 Februari 2021

Khidmatnya Telah Berakhir

 Salam bertani

Baru-baru ini, wak terpaksa menamatkan riwayat sepohon cempedak yang wak tanam kira-kira 40 tahun yang lalu. Pokok cempedak ini sudah terlalu besar dan tinggi sehingga menyukarkan wak untuk menguruskan hasilnya. Apatah lagi beberapa dahannya telah sekah kerana terlalu berat. Semasa hayatnya pokok cempedak ini banyak berjasa kerana rajin membuahkan hasil yang berkualiti.

Khidmat baktinya telah berakhir dan akan disambung oleh tanaman lain yang menggantikannya.


Pengakhiran hayat sepohon cempedak tua.
Struktur batangnya sudah rosak kerana beberapa
dahan besarnya sudah sekah.


Diunggun menggunakan ranting dan dahannya
sendiri yang sekah


Selesai pembakaran


Jenazahnya akan dibiarkan mereput dan gugur
sedikit demi sedikit.


Hasil sepohon cempedak ini semasa zaman 
kegemilangannya.


Penggantinya sudah bersedia menyambung legasi.
Anak durian musang king ini sudah berumur dua tahun
dan akan cepat membesar kerana pesaingnya
sudah bersedia untuk berundur.

Salam bertani.

45 ulasan:

  1. wauu buang yang lama, pengganti bukan calang-calang tu. musang king. bestnyyaaa

    BalasPadam
  2. Wah... dah le cempedak mahal skrg ni...
    Pasni tanam yg baru ke WAK?

    BalasPadam
  3. berapa lama musang king tu mengeluarkan hasil Wak? teringin juga menanam musang king

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Banyak jasanya pokok cempedak tu
      Tapi masanya sudah sampai untuk dia mengundur diri

      Padam
  5. By the way sha dah tukar domain baru..nnt mnta tlg add/edit ya dari www.opzzpinky.my --> www.opzzpinky.com tq

    BalasPadam
  6. Banyak hasil cempedak yang dikeluarkan.

    BalasPadam
  7. Kesian plak tengok perdunya dibakar camtu, mcm sakit je wak. Kenapa tak dipotong dengan gergaji besar tu wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok cempedak tu tak boleh ditenang kerana akan menghempap beberapa pokok lain yang berhampuran dengannya

      Padam
  8. Terima kasih sepanjang berkhidmat. Yang baru menyambung tugas.

    BalasPadam
  9. Lama dia berkhidmat 40 tahun sure berikut buah dah dia keluarkan. Sungguh berjasa

    BalasPadam
  10. Sedih pula pengakhirannya....biasanya kalau kulit pokokdibuang keliling batang kat bwh cpt saja pokok tu mati.

    BalasPadam
  11. mak aii...banyak betul buahnya... puas makan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu masa wak muda2, wak masih larat memanjat dan membungkus buahnya.

      Padam
  12. Saya macam terdengar pantun lama yang mungkin sesuai untuk pokok cempedak tu melafazkannya.. Hihihi

    "Ada kain buangkan baju,
    Ada yang lain buangkan aku.."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pantun merajuk
      Pantun yang sebenarnya begini:
      "Ada kain jadukan baldu
      Ada yang lain jadikan madu"

      Padam
  13. moga diganti dengan yang lebih baik,lama dah menabur budi,40 tahun tu WP =)

    BalasPadam
  14. ASsalamualaikum wak. sedih pulak baca. Tapi begitulah kehidupan, kan wak. Tengok hasil zaman kegemilanganya tu... penuh kenangan manis tu wak. Tapi anak musang king pasti akan sama memberi kebahagiaan bila tiba waktunya...

    BalasPadam
  15. Senang tanam durian, tak payah tuai buahnya gugur sendiri.
    Buah cempedak kena balut, kena buat penjarangan, kalau tinggi sangat susah nak urus.

    BalasPadam
  16. Salam takziah.
    Sayu rasa hati mengenang jasanya selama ini.
    Selamat pergi pokok cempedak yang banyak budi.

    BalasPadam
  17. Babai pokok cempedak, yang usianya hampir sama dengan usia saya. Banyaknya buah dia dah keluarkan.

    BalasPadam
  18. Penggantinya hebat..
    Durian Musang king..
    Nanti jemput saya bila berbuah ye WP 🤗

    BalasPadam
  19. Wah banyaknya hasil cempedak!!!

    Fuyoo pengganti dia.,. Musang king!! Dahsyat la!!!

    BalasPadam
  20. Banyak hasilnya. Apa nak buat, terpaksa berundur bagi laluan pokok lain.

    BalasPadam
  21. banyak juga hasilnya semasa zaman kegemilangan...alhamdulillah..

    BalasPadam
  22. sedih sebentar sementara tgu yg lebih menarik dan tertarik wak..hehee

    BalasPadam
  23. oh mcm ni rupanya cara lupuskan pokok ya.... lama berjasa pokoknya, indahnya cara wak menulis.. buat kita terfikir besarnya ciptaan Allah..

    BalasPadam
  24. Sampai sudah hujung hayatnya ya wak..

    BalasPadam