Selasa, 14 Ogos 2018

Sembelih Burung Puyuh

Salam bertani

Pagi ini WP menyembelih dan memproses tujuh ekor burung puyuh untuk dijadian menu berbuka puasa nanti. Burung-burung  puyuh ini merupakan ternakan penelur yang sudah kurang produktif dan perlu diganti dengan ternakan yang baru.


Burung puyuh dicuci daripada kotoran dan darah selepas disembelih. 


Direndam dengan air panas untuk memudahkan mencabut bulunya.


Proses mencabut bulu secara manual.


Selesai mencabut bulu.


Diganggang untuk membuang bulu-bulu halus yang tertinggal.


Membuang kepala, kaki dan hujung kepak.


Selesai proses luaran.


Dipotong dari belakang untuk mengeluarkan bahagian dalamannya.


Burung puyuh yang telah dibelah dua.
Organ dalamannya dikeluarkan.


Siap proses seekor puyuh.


Diserahkan kepada pn is3 untuk tugasan selanjutnya.
Masak apa sedap ek.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan