Selasa, 21 Ogos 2018

Pokok Limau Kumquat

Salam bertani

Seingat WP, pokok limau ini telah ada di kebun sejak dari tanaman getah lagi. Sekarang kawasan kebun telah dijadikan dusun, dan generasi pokok limau ini masih bertahan. Ia tidak ditanam sebaliknya tumbuh daripada biji benihnya yang disebarkan oleh binatang yang memakan buahnya.

Pokok limau kumquat adalah tumbuhan renek yang lambat membesar tetapi cepat mengeluarkan hasil. Ia boleh ditanam di dalam pasu sebagai pokok hiasan kerana saiznya pokoknya yang kecil dan rajin berbuah. Buahnya lebih kecil daripada limau kasturi dan berbentuk agak lonjong. Rasanya sangat masam sama seperti limau kasturi tetapi di bahagian dalam kulitnya agak manis.

Buah limau kumquat boleh dijadikan jus minuman, sambal belacan dan jeruk/halwa limau. Ia juga sesuai dijadikan tanaman hiasan di dalam pasu yag biasa dijual semasa perayaan Tahun Baru Cina.



Buah matang berwarna oren terang


Anak-anak pokok limau kumquat yang tumbuh di perdu induknya.
Pokok-pokok kecil itu sudah berbuah. 


Buah muda


Bentuk buahnya seperti limau kasturi tetapi agak lonjong


Hampir matang dan sudah sesuai dituai


Berbuah lebat


Bentuk daun limau kumquat.

Salam bertani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan