Selasa, 20 Februari 2018

Souvenir Daripada Mrs A

Salam bertani



Minggu lepas  WP terima  souvenir comel ni daripada blogger Mrs A (Pn Maziah binti Azalli). Terima kasih sangat-sangat  sanggup bersusah payah memberikan hadiah  kerana  WP rajin komen entri-entri 'my blog my story'.

Tak sangka pulak boleh dapat hadiah kerana rajin komen. Sebelum ni pun pernah dapat cenderamata daripada CikLa  Shahril (dua kali) atas sebab yang sama. Terima kasih kepada ke dua-dua blogger yang baik hati ini.

Sebenarnya WP tak pernah lagi menyertai mana-mana segmen giveaway atau bloglist yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Apatah lagi  menjemput Nuffnang atau Adsense untuk menjana pendapatan. WP baru belajar mengenali dunia blogging   dan hanya bertujuan  untuk mengisi masa lapang dan menyimpan memori bertani untuk masa hadapan.




Waalaikumsalam.
Setinggi penghargaan kerana mengirimkan sourvenir yang banyak kegunaannya untuk dunia blog ini.
Semoga dipermudahkan segala urusan seharian Mrs A sekeluarga.


Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan