Isnin, 19 Februari 2018

MB 35 : Membaja Dusun

Salam bertani

Pagi Ahad semalam WP membaja pokok buah-buahan di dusun.  Musim panas sekarang menandakan pokok buah-buahan akan mula mengeluarkan bunganya tidak berapa lama lagi. Pokok kuini, pulasan dan durian akan mengeluarkan bunganya lebih awal diikuti oleh pokok buah-buahan bermusim yang lainnya.


Baja sebatian yang digunakan.
NPK 13:10:20+3S



Nitrophoska Red Premium ialah baja  sebatian yang digunakan
untuk menggalakkan pertumbuhan dan pengeluaran bunga.
Biasanya dipanggil baja NPK Merah atau baja bunga.


Mengandungi 13 % Nitrogen
   10 % Phosphate
20 % Kalium/Potassium
3 %  Sulphur
( Kandungan Kalium yang lebih tinggi untuk pengeluaran
bunga dan buah)


Butiran baja dituangkan ke dalam baldi sebelum ditaburkan 
ke perdu pokok buah-buahan.

Salam bertani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan