Isnin, 2 Januari 2017

Pokok Pecah Kaca

Salam bertani.

Kita biasa memanggilnya pokok pecah kaca. Ada juga yang memanggilnya pokok pecah beling. Perkataan  'beling' adalah sebutan bahasa Jawa yang bermaksud kaca juga. Tidak tahu pula kenapa dipanggil pokok pecah kaca.

WP ada menanam beberapa rumpun pokok pecah kaca ini di kawasan sekitar rumah. Ada yang ditanam di atas tanah, manakala yang kecil (semaian) pula, WP tanam di dalam pasu. Pokok herba ini mudah ditanam dengan menggunakan keratan batang muda. Ia merupakan pokok herba renek berkayu yang hidup merimbun kerana mengeluarkan banyak ranting dan daun.

 Daunnya WP jadikan minuman seperti teh herba untuk langkah pengawalan pelbagai penyakit malah ia dikatakan baik untuk kesihatan kerana mengandungi bahan-bahan mineral yang tinggi dan tiada kesan sampingan sekiranya dugunakan pada kadar yang sesuai.



Sepohon pecah kaca yang ditanam di tepi pagar rumah.
Pokoknya merimbun sehingga hampir sama tinggi dengan pagar.


Pokok pecah kaca yang baru disemai di dalam pasu.
Penanaman menggunakan keratan batang muda.


Sepohon pecah kaca dalam pasu yang mula membesar.


Pokok pecah kaca yang telah diubah ke atas tanah dari dalam pasu.
Daun2nya sudah boleh dituai untuk digunakan.


Pokok pecah kaca dewasa yang subur dan merimbun.
Boleh dipangkas untuk mengelakkan terlalu tinggi.


Pokok pecah kaca dikatakan mengandungi bahan antiosidan, anti-AIDS dan antikanser.
Ia digunakan sebagai bahan pengawalan penyakit kanser, leukimia, kencing manis dan batu karang.
Dengan mengamalkan meminum air daun pecah kaca, kita dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kecil.

Mengamalkan penggunaan herba pecah kaca adalah lebih baik semasa kita sihat untuk dijadikan rintangan kepada penyakit-penyakit yang disenaraikan tersebut.


Salam bertani.

Catat Ulasan