Warisan Petani
Tugas-tugas seharian mengusahakan ternakan, kebun dll
Rabu, 7 Januari 2026
Khamis, 1 Januari 2026
Selamat Tahun Baharu 2026, 2025 Tinggal Kenangan
Salam bertani
Selamat tahun baharu 2026 daripada wak dan hidupan-hidupan di sekeliling wak. Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh kenangan.
Rabu, 31 Disember 2025
Isnin, 29 Disember 2025
Buah Duku Langsat
Sala bertani
Jom tenguk sepohon duku langsat yang sedang berbuah di dusun WP. Pokok duku langsat ini sudah beberapa kali berbuah walau pun pokoknya kecil sahaja. Cuma buahnya pada kali ini tidaklah begitu lebat kerana berbuah luar musim.
Khamis, 25 Disember 2025
Berkat Yasinan
Salam bertani
Setiap malam jumaat surau tempat wak ada buat yasinan dan tahlil ringkas selepas solat maghrib berjemaah. Selepas solat isya' ada bacaan surah al-mulk (setiap hari) dan lepas tu ada jamuan ringan. Bila balik dapat sebungkus berkat nasi ambeng.
Ahad, 21 Disember 2025
Tangkap Ikan Kucing
Salam bertani
Sebenarnya wak nak cerita tentang ikan yang jadi makanan kucing-kucing peliharaan wak di rumah ni. Ada tujuh ekor kucing yang wak pelihara, beri makanan friskis kucing dicampur dengan ikan rebus. Biasanya wak gunakan ikan tongkol putih (lengan panjang). Kalau takde ikan tongkol putih, ikan tongkol hitam ( lengan pendek) pun boleh.
Selasa, 16 Disember 2025
Buah Cempedak Kampung
Salam bertani
Ada beberapa pokok cempedak kampung yang sedang berbuah di dusun WP. Pokok cempedak kampung adalah pokok cempedak yang ditanam melalui biji benih dan tidak dikahwinkan. Pokoknya wak tanam sejak tahun 80an lagi. Untuk dapatkan buah cempedak yang berkualiti, buah sepatutnya dibalut, disembur racun serangga dan dibuat penjarangan tetapi wak tak sempat buat semua itu. Setiap pokok cempedak kampung mempunyai buah yang berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan rasanya. Jom ikut wak nenguk
Salam bertani.






































