Sabtu, 28 Januari 2023

Dapat Majikan Baharu

 Salam bertani

Tak tahulah sama ada kucing sesat atau orang buang, hampir seminggu dia menumpang di reban ayam wak. Curi-curi makan dedak ayam. Mula-mulanya liar tetapi akhirnya wak dapat pegang. Jadilah ia majikan yang ke-12 kat rumah wak.


Nampak kurus


Menumpang di rumah didik anak ayam


Badan panjang
Ekor pun panjang dan kembang


Wak dan pn is3 sepakat "kita belalah"
Budak jantan ni kami namakan Oyen
Dah seminggu jadi majikan, nampak berisi sikit.

Salam bertani.

Ahad, 22 Januari 2023

Petanda Bermulanya Musim Bunga

 Salam bertani


Pokok bacang adalah pokok buah-buahan bermusim yang paling awal berbunga. Selepas ini diikuti pula oleh pokok kuini, pulasan dan durian. Fasa kedua diikuti oleh pokok manggis, rambutan, cempedak, duku dan dokong.  Akhir sekali pokok rambai.

Salam bertani.

Rabu, 4 Januari 2023

WW 526 : Tolong Lipat Pakaian

 Salam bertani

Untungnya pn is3 wak, kalau lipat pakaian ramai yang bantu. Jom tenguk




Salam bertani