Khamis, 8 April 2021

Tanam Pokok Mesta

 Salam bertani.

Hari ini wak menanam sepohon anak mesta di dusun. Pokok mesta adalah varieti manggis baharu yang lebih produktif , cepat berbuah dan buahnya kebanyakkannya tiada biji. Wak tanam pokok mesta ini bagi menggantikan sepohon mesta yang patah disondol babi hutan.


Bibit mesta dalam polibeg.
Disemai melalui biji benih berumur 2 tahun.
Tingginya sudah melebihi 1 meter.


Potong bahagian bawah polibeg dahulu.


Masukkan polibeg ke lubang penanaman.
Lubang penanaman telah disediakan sebulan lebih awal.


Potong bahagian tepi polibeg dan tarik keluar.


Timbuskan tanah di sekeliling pokok.
Bacakan doa menanam pokok.
Pokok mesta siap ditanam.


Pokok mesta dewasa sudah mula mengeluarkan bunga.


Buah mesta matang.
Kebanyakan isinya seedless.

Salam bertani.


Selasa, 6 April 2021

Solar Alarm Menghalau Haiwan Perosak

 Salam bertani

Wak ada membeli lima buah solar alarm di Shopee. Wak cuba pasangkan di dusun durian yang sedang menggugurkan hasilnya. Produk ini berfungsi dengan cara mengeluarkan siren dan cahaya apabila ada objek seperti binatang atau manusia mendekatinya sekitar 5 hingga 8 meter. Alhamdulillah, nampaknya berkesan. Babi hutan, monyet dan tupai yang selalunya merosakkan buah durian tidak lagi mengganggu. Wak bercadang nak beli lagi beberapa buah solar alarm ini untuk kegunaan musim buah yang akan datang.


5 unit solar alarm yang wak pesan daripada Shopee
telah pun sampai.


Inilah rupa solar alarm buatan negara China


Perlu dicas selama satu jam sebelum digunakan.
Boleh berfungsi sehingga 50 hari sebelum dicas semula.


Ciri-ciri produk dan cara-cara penggunaannya.


Wak set mode 1
24 hours mode siren and flashing light


Wak pasangkan di batang pokok durian yang sedang berbuah.

Carian produk pada iklan Shopee
Harganya hanyalah RM 27.90 seunit.

Salam bertani.






Khamis, 1 April 2021

JDT 10

 Salam bertani


Tuaian pagi tadi
Buah-buah berduri.
Yang besar tu nangka, yang kecil tu cempedak.


Beli 4 beg baja ni dah hampir RM400.00


Stok makanan ayam kampung.
Harga makanan ayam dah naik melambung.


Pokok rambutan jarum emas ni dah gila agaknya.
Berbunga sampai tak ingat dunia.


Jambu bertih seedless pun tengah gila berbuah.


Beli telor sotong kat sinilah.
Pasar tani Ayer Hitam setiap pagi rabu.


Percaya tak dua anak pokok durian ni harganya RM380.00
Yang besar tu klon Jawi Super RM 220.00 sepokok.
Yang kecil tu klon Tupai King RM 160.00 sepokok.



Pisang 40 hari


Yang bsar tu dah matang.
Baru tuai tadi.


Bunga durian tengah gila mekar.


Pokok mesta tak mahu ketinggalan.


Nak masuk post jugak
Last pun tak pe.

Salam bertani.





Selasa, 30 Mac 2021

Mengolam Dusun

 Salam bertani.

Alhamdulillah, wak selesai membina sebuah kolam takungan air di dusun. Wak upah jentera pengorek menggali kolam di tengah-tengah dusun. Jadi takdelah masalah bekalan air bila kemarau nanti.  Selepas ini wak akan menggunakan pam penyedut air untuk menyiram tanaman terutama sekali anak-anak pokok durian.


Sebuah kolam takungan air siap dibina 3 hari yang lepas.
Air hampir memenuhi kolam kerana musim hujan sekarang.


Jentera penggali memulakan kerja mumbuat kolam


Penggalian kolam sedang dijalankan


Kolam hampir siap


Kolam yang telah siap dibina beberapa hari yang lepas.
Saluran air masuk itu akan wak pasangkan paip PVC
dan tanahnya akan ditutup semula.
Wak nak mancing ikan puyu untuk dimasukkan ke dalam
kolam baru ini.



Salam bertani.


Isnin, 29 Mac 2021

MB 159 : The China News Photography Gold Medal Award

 Salam bertani

Pengorbanan Wanita


"On my shoulders is responsibiliti,
I hold hope in my arms"

Salam bertani.