Khamis, 20 Mei 2021

Tugasan Raya PKP

 Salam bertani


Sudah hampir semingguan wak bertugas memotong rumput di dusun WP. Rumput di dusun cepat panjang kerana musim hujan sekarang.  Wak perlu membersihan rumpai kerana ingin memberikan baja buah kepada pokok-pokok buah-buahan yang sedang berputik. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi siaplah tugasan wak memotong rumput tersebut. Wak menggunkan mesin pemotong rumput sandang yang memotong rumput bermatakan tali khas. Wak kongsikan hasil tugasan yang wak mulakan sejak hari raya ke-dua lagi.














Salam bertani.

Isnin, 17 Mei 2021

MB 164 : Kajian Lapangan

 Salam bertani

Tengah hari tadi hujan turun dengan lebatnya. Selepas asar, wak turun ke dusun buat kajian lapangan menggunakan hp cap ayam. Wak kongsikan sebahagian daripada tangkapan tak profesional hp tersebut.


Durian klon nun jauh di atas kayangan


Durian kampung pun menjulang awan


Ni buah manggis


Yang ni pula buah mesta


Entah berapa lorilah hasil jarum emas ni nanti.


Budak sekolah nak mencecah air


Yang ni bukan rambutan, tapi buah pulasan.


Rendah sampai ke tanah buahnya


Macam manalah nak bungkus putik cempedak yang tinggi ni


Yang ni pokok setahun jagung.
Buahnya atas tanah aje.


Yang ni putik rambai


Buah duku terengganu baru nak menjadi.


Salam bertani.


Isnin, 10 Mei 2021

MB 163 : Tak Ada Rasa Bersalah Sikit Pun Part 2

 Salam bertani

Budak bertuah si Kent buat hal lagi. Kali ini cermin alas meja pula yang dipecahkannya. Ceritanya bermula malam tadi apabia anak dara wak menukar langsir pintu sliding dan tingkap. Selesai kerja, tangga ditinggalkan di tepi meja. Pagi tadi si Kent dah jatuhkan tangga sehingga memecahkan cermin tersebut. Nasib baik si Kent yang buat, kalau wak yang buat tentu kena bebel.


Eh, dah pecah ke cermin ni.
Alah, relaxlah... boss tak akan marah pun.


Sahih si Kent main panjat-panjat tangga dan tumbangkannya.


......lalu memecahkan cermin alas meja ini.

Posing kaw-kaw dulu
Nanti dapatlah cermin baru


Muka pesalah yang tak pernah rasa bersalah.

Salam bertani.


Sabtu, 8 Mei 2021

Covid 20 dan Corona Dah Setahun

 Salam bertani.

Diam tak diam dah lebih setahun kita hidup diancam corona virus ini. Belum nampak lagi nak redanya malah kes-kes jangkitan dan kematian semangkin meningkat setakat ini. Tapi sebenarnya wak nak tunjukkan perkembangan dua ekor anak lembu wak yang lahir pada tahun lepas. Yang jantan wak namalan Covid 20 lahir pada 23.03.2020 dan yang betina wak namakan Corona lahir pada hari raya pertama tanun lepas.


Si Kobit dah berumur lebih setahun.
Badanya tegap dan sado.


Raya pertama ni genap setahun hijrah umur si Nana
Rantai leher Nana dah putus.


Kobit dan Nana adik beradik sabapa berlainan ibu.
Keduanya berkawan baik.



Dari kiri si Kobit dan si Nana di samping
 2 ekor anak lembu peliharaan wak yang lain.



Bergambar kenangan pada 25.11.2020.


Kobit meraikan kelahiran Nana pada 24.05.2020

Salam bertani.

Ahad, 2 Mei 2021

Tebang Pokok Getah Tua

 Salam bertani

Wak tengah uruskan penebangan pokok getah tua di kebun pusaka di belakang rumah wak. Tanaman pokok getah tersebut sudah mencecah lebih 40 tahun dan sudah lama tidak bertoreh. Sejak harga getah buku merundum di bawah RM2.00 sekg, wak sudah tidak menoreh lagi. Walau bagaimana pun kebun pusaka ini tetap wak jaga dan bersihkan supaya tidak menjadi sarang haiwan perosak.

Wak berhasrat untuk menggantikan pokok getah tua ini dengan tanaman pokok kelapa sawit kerana pengurusannya lebih mudah dan cepat mengeluarkan hasil. Kerja-kerja pembersihan kebun dijangka akan selesai sebelum raya dan kerja-kerja penyediaan tanah seperti membajak , membuat jalan dan  parit akan dilaksanakan selepas raya.


Sebahagian daripada pokok getah tua di kebun pusaka.
Pokok getah yang memberi makan kepada wak dan
adik beradik semasa membesar dan bersekolah dahulu.


Riwayat dan jasa pokok-pokok getah ini akan berakhir
dan akan digantikan dengan tanaman baharu.


Kayu pokok getah tua amat berharga sekarang.


Jenazah pokok getah sebelum diangkut ke dalam lori.


Kerja-kerja mencabut dan menumbangkan pokok getah
 sedang dijalankan.


Kerja-kerja memunggah kayu getah ke dalam lori sedang dijalankan.


Tunggul pokok getah pun diangkut sekali.


Pokok-pokok getah tua yang banyak berjasa kepada wak dan 
adik beradik akan jadi sejarah dan kenangan sahaja.
 Masing-masing ada pengalaman membersihkan kebun,
 menoreh, memproses getah semasa zaman membesar dahulu.
 Juga tidak dilupakan jasa dan pengorbanan arwah bapa
 yang meneroka dan mengusahakan kebun keramat ini.

Salam bertani.