Salam bertani
Beberapa pokok durian premium yang wak tanam di dusun WP semasa zaman PKP dulu sudah mula berbuah pada musim kali ini. Wak nak tunjuk beberapa pokok durian duri hitam yang berbuah kali pertama dan sudah ada yang mula gugur. Alhamdulillah.
Buah durian duri hitam mengambil sempena
duri hitam yang ada kat bontot buah tu.
Mula gugur
Cucu bongsu wak ni kecik2 dah puas makan
buah durian duri hitam.
Wak ni dah tua purba baru dapat merasa
itu pun terpaksa tanam sendiri.
Salam bertani.










Unik betul bentuk durian Duri Hitam ni. 6 tahun baru dapat makan hasilnya ye wak. Berbaloi tunggu. Buahnya pun banyak.
BalasPadamseronok cucu mkn durian tu
BalasPadamRezeki musim durian
BalasPadamAlhamdulillah
Seronok tgk 6 thn dah dpt hasilnya
Apa rahsia wak
Mesti dijaga rapi kan pokok2 durian ni