Khamis, 1 Januari 2026

Selamat Tahun Baharu 2026, 2025 Tinggal Kenangan

 Salam bertani

Selamat tahun baharu 2026 daripada wak dan hidupan-hidupan di sekeliling wak. Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh kenangan.


Baru berani tunjuk muka setelah 10 tahun usia blog 
Warisan Petani.
Tapi tak berani nak besarkan gambar.


Cucu bongsu hantu durian duri hitam mewakili 6 orang cucu setakat ini.


Rumahku syurgaku jauh di pedalaman.


Jantan Jamal mewakili ternakan wak di tepi sungai.
JJ telah dikorbankan pada hari raya korban yang lepas
atas nama ahli keluarga wak.


Budak Otto mewakili 7 majikan wak di rumah
yang tahu makan, berak kencing dan tidur sahaja.


Wak sebenarnya ada memasang pengawal di dusun WP yang
belum pernah wak ceritakan.


Hiburan di belakan rumah : ternakan itik serati


Hiburan di belakang rumah : Ayam penelur lohman brown
 mewakili pelbagai jenis ayam yang lain.


Hiburan di belakan rumah : ternakan ayam mutiara.


Hiburan di belakang rumah : Ternakan puyuh telur.


Hiburan di dusun, tanaman buah-buahan dan sayuran kampung.
Buah durian duri hitam mewakili semua tanaman di dusun WP.


Tanaman sawit menggantikan pokok getah yang telah ditebang.


Padang ragut banjir pada awal tahun 2025.


Olie kesayangan wak telah pergi ke alam abadi pada awal tahun.

Semua aktiviti menternak dan bertani wak lakukan sendiri tanpa ada pembantu. Selagi hayat dikandung badan perjuangan hidup tetap diteruskan.



Salam bertani.

41 ulasan:

  1. Selamat tahun baru 2026, Wak...meriah dgn haiwan2 ternakan & majikan...comelnya pengawal dusun wak..

    BalasPadam
  2. Selamat Tahun Baru Wak !!
    Semoga terus sukses dengan hasil pertanian 😊..
    Pandainya cucu wak makan durian 🥰

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru wak. Alhamdulillah seronok saya tenguk hasil usaha wak selama ini. Tapi yang tak tahan tu tenguk durian duri hitam yang wak tayangkan. dia punya ulas padu ni kalau dapat makan. Telan air liur pagi2 tenguk durian hasil tanaman wak. Semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat wak sekeluarga. Aamiin

    BalasPadam
  4. selamat tahun wak..alhamdulillah, meriah mcm2 ada kann...

    BalasPadam
  5. Selamat tahun baru wak...Semoga sihat selalu..Amin

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baharu 2026 buat wak sekeluarga. Tak pernah tak kecur la tengok durian, wak.

    BalasPadam
  7. wahh muda lagi orgnya wak ni! saya terliur la tgk gmbr durian tuuu

    BalasPadam
  8. berbakti kpd tanah pasti ada hasilnya. happy new year!

    BalasPadam
  9. Semoga wak terus sihat untuk mengelola semua ternakan dan kebun yang luas tu wak. Bila la agaknya dapat merasa durian di kebun wak tu kan. Limau wak dah pernah rasa hehehhe.

    BalasPadam
  10. Selamat Tahun Baru Wak..Oh ini orangnya..Semoga Allah permudahkan urusan pada Tahun 2026 pulak..Semoga terus bersama sama segala hasil ternakan Dan Tumbuh tumbuhan serta Insan kesayangan.. InshaAllah! Aamin!

    BalasPadam
  11. salam tahun 26 wp yg rajin berhibur dgn agroria...hiburan yg mengasyikan moga tiasa sihat n sukses usahanya

    BalasPadam
  12. Selamat tahun baru wak. Seronoknya ada dusun sendiri macam2 tanaman ada.

    BalasPadam
  13. Selamat Tahun Baru Wak! Semoga terus kuat dan sihat utk terus berbakti kpd tanah.
    Amboi si Otto tu, kemain erk posing...
    Untunglah cucu Wak, makan durian free sokmo hihi

    BalasPadam
  14. Uihhh Wak seronoknya macam ni Wak. Kalau Dania tu dah teruja segala macam haiwan ada. Saya suka kalau dusun seluas itu. Rezeki alhamdulilah. Saya tumpang happy. Otto tu amboiii gaya KKB (Kucing Kaya Baru) bukan OKB (Orang Kaya Baru) Hehe.

    Selamat Tahun Baru 2026!

    BalasPadam
  15. selamat tahun baru 2026 WP! seronok tengok semua gambar2 ni. dari gambar lembu sampai ke gambar doyan. geram je tengok durian tu isi kuning gebu

    BalasPadam
  16. Aduhai ..suka benar saya ke laman Wak ni.sejuk mata memandang..sampailah saya suka tengok anjing tu..tapi gerun pula bila ingat anak ayam ibu ayam bapa ayam Etuza di makan anjing liar..sakkit hati nin wak..masa tu nak menangis.,.tapi air mata tak keluar..tak apa lah redoh ja..tapi sekarang ni ok dah tak ada anjing lagi..

    BalasPadam
  17. Selamat tahun baru wak.
    Semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
    Pengawal dusun wak macam tak berapa garang je nengoknya.

    BalasPadam
  18. Selamat tahun baru 2026, Wak. Suka tengok hasil ternakan dan tanaman Wak, juga majikan-majikan Wak itu. Pandai cucu Wak makan durian.

    BalasPadam
  19. Kecil sahaja badan pengawal Wak itu, hehe takut musuh tidak takut.

    BalasPadam
  20. Seronok saya tengok semua hasil usaha Wak ni, gigih dan gagah Wak buat semuanya sendiri.

    Comelnya pengawal Wak, memang perlu anjing pengawal untuk kebun-kebun.

    BalasPadam
  21. Salut sayaaaa 👍👍👍👍. Wak lakukan semua sendiri. Hebaaat Wak. Dan hasilnya pun tak main2, ternak membesar sehat, tanaman buah pun subur. 👍👍. Lihat foto Wak, saya langsung teringat salah Sorang uncle saya ☺️. Miriiip kalian ☺️

    BalasPadam
  22. Wow durian vip tu..comel je pengawal wak kt kebun tu..risau kena kidnap nnt

    BalasPadam
  23. banyak recap wak tahun lepas ye...Selamat Tahun Baru 2026 wak..semoga tahun 2026 ni lagi banyak kenangan manis...bestnya Durian tu...

    BalasPadam
  24. Selamat tahun baru wak, rasanya betah tinggal di kampung wak, semua lengkap tersedia, dari hewan sampai pepohonan lengkap sekali, cucu wak comel nyeee😍

    BalasPadam
  25. Terbaik la wak..

    Paling kiut anak anjing..

    Puppy tapi sayang tak boleh pegang.

    BalasPadam
  26. Nampak seronok tu wak ... Berkebun, menternak..semua ada hasil.

    BalasPadam
  27. Selamat tahun baru 2026 wak.. Hiburan yang mendatangkan hasil ya wak.. Semoga terus semangat berkebun..

    BalasPadam
  28. Selamat tahun baharu WP, semoga tahun 2026 lebih barokah dari tahun-tahun sebelumnya.
    Damai dan harmoni tengok semua gambar yang dikongsikan

    BalasPadam
  29. Selamat tahun baru ya wak..wow! cantik2 gambar dalam blog..memang banyak kenangan 2025 ..bermula kehidupan tahnun 2026

    BalasPadam
  30. selamat tahun baru 2026 Wak, selamat bertani dan berkebun .. semoga sihat-sihat sentiasa, aamiin

    BalasPadam
  31. happy new year 2026..sedapnya tgk durian tu

    BalasPadam
  32. Selamat tahun baru Wak. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Aamiin Ya Mujib.

    BalasPadam
  33. selamat tahun baru wak..wak xda pasang iklan adsense ka? wak rajin komen org msti ari2 byk dpt view..kalau psg iklan confirm masyuk hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde
      Wak berblog suka2 aje
      Tak terfikir pula untuk jana pendapatan tambahan.

      Padam
  34. otto tu sesekali wak kena tegur juga untuk bersihkan ladang kelapa sawit tu... berak, makan, tidur tak baik utk kesihatan, wak.... hahahahahahaha

    BalasPadam
  35. Salam Tahun Baru 2026 Wak... Durian tu cantik warna oren dia.. Mesti sedap tu..

    BalasPadam
  36. Selamat tahun baru wak . Dah berapa tahun tak singgah blog wak . Semoga sentiasa sihat.

    BalasPadam
  37. salam tahun baru wak! meriah kebun pertanian wak!

    BalasPadam
  38. Salam tahun baru Wak...meriah kebun dan penternakan Wak. Food security in sya Allah udah terjamin. Wak ada buka untuk jualan juga ke? Comel naw 2 ekor anjing yang jadi bodyguard tuh Wak😊

    BalasPadam