Ahad, 18 Januari 2026

Sembelih Ayam Kampung Asli

 Salam bertani

Hujung minggu ni semua anak wak balik kampung, jadi wak sembelihlah dua ekor ayam kampung asli (AKA) yang wak pelihara di belakang rumah. Bermula daripada mengejar ayam sehinggalah selesai diproses semuanya wak buat sendiri. Jom kongsi


Wak sembelih dua ekor AKA


Selepas dibersihkan, rendam dalam air panas untuk
mencabut bulunya.


Wak cabut bulu ayam secara manual.


Selesai cabut bulu ayam.
Seekor AKA muda dan seekor agak tua.


Ganggang di atas api untuk menghapuskan bulu halusnya.


Sedia untuk dipotong.




Daging AKA muda.
Boleh terus digoreng.


Dagingnya wak asingkan sebab AKA yang agak tua
lebih liat.
Sesuai dibuat rendang atau masak ungkep.
Salam bertani.

Khamis, 1 Januari 2026

Selamat Tahun Baharu 2026, 2025 Tinggal Kenangan

 Salam bertani

Selamat tahun baharu 2026 daripada wak dan hidupan-hidupan di sekeliling wak. Selamat tinggal tahun 2025 yang penuh kenangan.


Baru berani tunjuk muka setelah 10 tahun usia blog 
Warisan Petani.
Tapi tak berani nak besarkan gambar.


Cucu bongsu hantu durian duri hitam mewakili 6 orang cucu setakat ini.


Rumahku syurgaku jauh di pedalaman.


Jantan Jamal mewakili ternakan wak di tepi sungai.
JJ telah dikorbankan pada hari raya korban yang lepas
atas nama ahli keluarga wak.


Budak Otto mewakili 7 majikan wak di rumah
yang tahu makan, berak kencing dan tidur sahaja.


Wak sebenarnya ada memasang pengawal di dusun WP yang
belum pernah wak ceritakan.


Hiburan di belakan rumah : ternakan itik serati


Hiburan di belakang rumah : Ayam penelur lohman brown
 mewakili pelbagai jenis ayam yang lain.


Hiburan di belakan rumah : ternakan ayam mutiara.


Hiburan di belakang rumah : Ternakan puyuh telur.


Hiburan di dusun, tanaman buah-buahan dan sayuran kampung.
Buah durian duri hitam mewakili semua tanaman di dusun WP.


Tanaman sawit menggantikan pokok getah yang telah ditebang.


Padang ragut banjir pada awal tahun 2025.


Olie kesayangan wak telah pergi ke alam abadi pada awal tahun.

Semua aktiviti menternak dan bertani wak lakukan sendiri tanpa ada pembantu. Selagi hayat dikandung badan perjuangan hidup tetap diteruskan.



Salam bertani.