Salam bertani
Rabu, 25 Mac 2026
Sabtu, 21 Mac 2026
Salam Aidilfitri
Salam bertani
Selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada wak sekeluarga dan seluruh hidupan di sekeliling wak.
![]() |
Salam bertani.
Jumaat, 13 Mac 2026
Bonus Raya
Salam bertani
Beruntunglah kaki tangan awam (persekutuan dan negeri), pesara kerajaan dan kaki tangan swasta yang mendapat imbuhan bonus raya pada tahun ini. Bagi orang kampung yang bekerja sendiri macam wak ni takde siapa yang nak bagi bonus raya. Terpaksalah ikhtiar sendiri untuk dapatkan bonus raya. Nampaknya kali ini giliran Azura menjadi mangsa. Jom layan
Jumaat, 6 Mac 2026
Dapat Majikan Baharu
Salam bertani
Ada orang buang anak kucing dekat setor di belakang rumah wak. Semalaman menangis kesejukan dan kelaparan. Pn is3 wak terpaksa hulurkan makanan anak kucing dan susu kucing. Anak kucing ni sangat liar dan penakut dengan orang mungkin sebab trauma kena pisahkan daripada ibunya. Sehingga dua minggu barulah kami dapat tangkap dan letakkan di dalam sangkar kucing. Nampaknya terpaksalah tambah seekor lagi majikan baharu.
Ahad, 1 Mac 2026
Anak Ayam Dah Menetas
Salam bertani
Wak ada eramkan beberapa biji telur ayam kampung menggunakan mesin pengeraman. Selepas 21 hari, sebahagian telur ayam tersebut telah menetas. Jom nenguk
Rabu, 18 Februari 2026
Jumaat, 13 Februari 2026
Pulasan : Buah Luar Musim Terakhir
Salam bertani
Bulan februari ni menandakan berakhirnya musim buah-buahan di dusun WP. Buah terakhir adalah buah pulasan. Tidak banyak pokok yang berbuah kerana sebahagiannya ada yang baharu berputik dan berbunga. Jom nenguk
Salam bertani.
Rabu, 11 Februari 2026
Selasa, 27 Januari 2026
Pokok Cili Kampung
Salam bertani
Wak nak tunjuk beberapa pokok cili kampung yang hidup subur di belakang rumah. Ada yang wak tanam dan ada yang tumbuh sendiri. Alhamdulillah, buah cili kampung tak putus-putus.
Salam bertani.
Ahad, 18 Januari 2026
Sembelih Ayam Kampung Asli
Salam bertani
Hujung minggu ni semua anak wak balik kampung, jadi wak sembelihlah dua ekor ayam kampung asli (AKA) yang wak pelihara di belakang rumah. Bermula daripada mengejar ayam sehinggalah selesai diproses semuanya wak buat sendiri. Jom kongsi


















































