Salam bertani
Wak nak tunjuk sepohon rambutan pusaka di hadapan rumah wak yang sedang berbuah lebat. Pokok rambutan ini ditanam oleh arwah bapa wak semasa meneroka tanah ini pada awal tahun 50an. Buahnya sudah mula kemerahan dan sesuai dituai beberapa minggu lagi. Jom nengok
Inilah pohon rambutan pusaka yang sedang berbuah lebat.
Kelihatan rumah kayu tempat kelahiran wak di belakangnya.
Dua minggu lagi masak ranumlah.
Gambar dekat.
Buahnya berbentu bulat, isi lekang, dan sangat manis.
Buah di bahagian pucuk pokok.
Salam bertani.





Walaupun dah berusia masih dapat memberikan hasil buah yang lumayan. Lebat sungguh. Dapat makan fresh petik dari pokok sedap sungguh lah. Saya suka jenis isi manis dan isi lekang. Tak suka jenis isi melekat pada biji tu rasa tak puas makan isinya.
BalasPadam