Jumaat, 3 Oktober 2025

Salam Oktober

 Salam bertani

Alhamdulillah, menginjak oktober ini bermulalah luruhnya buah durian luar musim (musim kedua pada tahun ini). Buah durian luar musim kali ini ada tiga fasa bermakna musim buah durian yang panjang sehingga awal tahun depan. Cuma kali ini cabarannya sangat menguji apabila dusun WP beberapa kali dikunjungi gerombolan perosak monyet liar.


Luruhan pada pagi ini.
5 biji durian susu dan dua biji durian mk


Buah durian kim hong ini akan gugur sebulan lagi.
Buahnya sangat lebat tetapi banyak yang sudah dijatuhkan oleh monyet liar.


Durian duri hitam ini baru berbuah sulung.
Hanya setangkai dan lekat tiga biji.


Putik buah durian ioi
Dijangka matang pada akhir tahun


Pokok durian duri hitam ini sedang berbunga.
Jika ada rezeki, bulan januari 2026 nanti baru gugur.


Pokok cempedak juga sedang berputik.
Panennya dijangka pada bulan disember.


Putik buah rambutan pusaka ini akan menyala pada bulan disember nanti.

Salam bertani.

2 ulasan: