Sabtu, 24 Ogos 2024

Panen Cempedak

 Salam bertani

Dalam satu dua mingguan ini wak sibuk mempanen buah cempedak di dusun WP. Buah cempedak tidak boleh masak di pokok kerana buahnya akan gugur ke tanah dan menjadi rosak. Buah cempedak matang perlu dituai sebelum masak di pokok. Buah yang dituai akan dijemur dan diperam dua tiga hari sebelum masak. Jom lihat hasil panenan cempedak.


Tuaian sepagian


Cempedak oren


7 kg sebiji


Perlu dijemur untuk menghilangkan getah
dan mengurangkan kandungan airnya sebelum diperam


Buah yang bulat sekata begini mempunyai isi yang penuh.


Cempedak durian


Buah cempedak yang baharu dituai mengeluarkan getah
pada kulit dan tangkainya.


Cempedak kampung


Cempedak durian



Selepas dijemur, buah cempedak perlu diperam 2/3 hari
 sebelum masak.


Buah cempedak muda di batang pokok

Salam bertani.

28 ulasan:

  1. cantik sungguh bentuk bulat cempedak tu wak. semangat

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah banyak betul hasilnya....

    BalasPadam
  3. Wahh rumit jugak prosesnya tu...wak jual semua cempedak ni kat peraih ke?

    BalasPadam
  4. Buahnya yang paling bawah itu pendek amat ya Wak,tinggal metik, sudah lama gak makan cempedak

    BalasPadam
  5. Ya Alloh panen melimpah ruah...bila matang daging buah manis nda usah digoreng Mbul senang betul kudap cempedak yang wanginya seperti nangka itu Wak

    BalasPadam
  6. Kali ni musim Saya belum ada beli lagi Wak.. asal jumpa aja macam cempedak peram, trauma nak beli takut kena scam hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cempedak biasanya memang kena peram SL.
      Yang tak elok tu biasanya tuai dan peram cempedak yang belum matang

      Padam
  7. Banyak hasilnya Wak. Tumpang seronok.

    BalasPadam
  8. Sedapnya cempedak durian kalau dekat kak g borong

    BalasPadam
  9. Ya Allah mewah hasilnya Wak. Kat gambar bawah tu haaa sampai 5 biji sekali....

    BalasPadam
  10. lumayan ye hasilnyaa! saya suka cempedak tapi tak boleh makan. sedihhh

    BalasPadam
  11. Mesti harum je kan wak bau nya... kalau dibandingkan dengan durian, kalau bwk masuk dlm kereta wangi bau cempedak kalau durian dia pening

    BalasPadam
  12. Wak hantar buah jual kat mana ni? Meh la jual kat office sy, haha.

    BalasPadam
  13. Bagus dan penuh dengan maklumat penerangan Wak pasal cempedak ni. Lain kali saya akan cari buah cempedak yang bulat dan sekata sebab isinya banyak.

    BalasPadam
  14. wahhhh banyakkkkknyaaaaa....
    ni kalau dekat mmg sy beli wak! fuhhh hebat👍👍👍

    BalasPadam
  15. Seronok betul tengok hasilnya wak....geram tgok..nasib x leh makan sangat..setakat seulas 2 je

    BalasPadam
  16. Yang 7 kg tu kalau harga RM15/kilo, saya nangis dulu wak sebelum beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sini wak jual RM5 aje sekg
      Yang untuk makan free aje

      Padam
  17. Banyak hasil tuaian .. ni semua dari dusun wak ke ?

    BalasPadam
  18. Geramnya tengok cempedak banyak tu wak. Puas hati cempedak ni. Bestnya kalau dekat boleh beli kat wak.

    BalasPadam
  19. Cempedak durian tu...sedapnya!

    BalasPadam