Khamis, 4 Julai 2024

Sujud Menyembah Bumi

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepohon cempedak di dusun WP yang telah tumbang beberapa hari  lalu. Mungkin disebabkan cuaca asyik hujan sahaja menjadikan struktur tanah  longgar apatah lagi pokok tersebut sedang sarat berbuah. Mujurlah ia sujud dengan bersopan sehinggakan tiada akarnya yang putus dan tiada buahnya yang berguguran. Jangkaan sebulan lagi buahnya akan matang. Wak rasa pokok ini tiada  masalah untuk meneruskan kehidupannya. Jom nenguk


Pokok cempedak ini sujud menyembah bumi
 beberapa hari yang lalu.


Mungkin ia tak larat menanggung beban.


Buahnya bergantungan hampir mencecah tanah.


Mujurlah tiada buahnya yang tanggal atau berguguran.


Jangkaan dapat dituai sebulan lagi.


Mudahlah nak tuai nanti tak payah panjat pokok.


Hayat pokok tegak berdiri semasa berputik.


Salam bertani

Selasa, 2 Julai 2024

Memotong Rumput di Dusun

 Salam bertani

Pada hari raya qurban yang lepas, wak perasan ada beberapa biji buah durian yang dah mula gugur. Jadi bergegaslah wak semingguan memotong rumput di dusun durian sambil memakai topi keledar. Alhamdulillah dah siap wak memotong rumput untuk memudahkan wak mengutip buah durian yang bakal gugur. Jom nenguk




Keadaan rumput selepas dipotong.
Bahagian hujung tu belum siap lagi.


Potong rumput di bahagian perdu pokok
 yang berbuah sahaja.


Potongan rumput di sekeliling pokok durian.
Bahagian hujung yang belum dipotong itu kelihatan 
pokok rambutan dan pulasan yang sedang berbuah.




Hampir semingguan juga wak ambil alih tugas
Wak Lat memotong rumput seorang diri.


Layan buah di atas kayangan


Duriku hitam 


Kawasan dah lapang dan bersih mudah untuk 
mengesan buah durian yang gugur.


Guguran sepagian

Salam bertani