Salam bertani
Sepohon rambutan pusaka di hadapan rumah wak tu berbuah lebat pada musim kali ini. Dalam masa dua minggu lagi buahnya akan masak ranumlah. Pokok rambutan ini ditanam oleh arwah bapa wak semasa meneroka tanah pusaka ini pada awal tahun 50an dahulu. Pohonnya tidaklah begitu besar sebab sudah ditebang beberapa kali. Jenis rambutan ini sudah agar sukar ditemui pada masa sekarang. Walau pun sudah menjadi pokok warga emas, ia masih subur dan berbuah lebat setiap tahun. Jom layan
Pohon rambutan pusaka di hadapan rumah
yang sedang berbuah lebat
Buahnya berjuraian hampir mencecah tanah
Jadi penyeri rumah kerana terletak di tepi jalan
wahh..geramnya tengok...seronok panen mcm ni, dahan rendah..
BalasPadamwah bestnya wak, dah lah rambutan jenis ni sedap. sini dah berlalu musim buah
BalasPadamnampak sedap tu ha...kampung SA pun dah xde dah buah rambutan..habis musim..
BalasPadamWakkk.. hantar rumah sy wak 🤣🤣🤣🤣
BalasPadamTeringat masa kecik² dulu ada pokok rambutan besar depan rumah pusaka atok, tapi ditebang. Sekarang, rumah pusaka pun dah tak ada, yg tinggal hanyalah kenangan.
lebatnya berbuah ...puas mkn tu
BalasPadamSedapnya rambutan jenis ni Wak. Dulu ada juga di kampung sy, milik atuk saudara. Biji kesep tu yang best makan, isi banyak hehe
BalasPadamberpinar bijik mata tgok buah rambutan, kat kl skrg buah rambutan antara 12-13 sekilo...giler...saya dah stop beli buah rambutan..hehehe
BalasPadamwahhhh seronoknya pokok rambutan berbuah lebat!
BalasPadamfuhhhh merimbun👍👍panjang hayat pokok ni terbaikkkk wak!
BalasPadamwah wak ni musim rambutan 2.0 ke. Dia punya lebat sampai melayut2 buahnya
BalasPadamlebat buahnya wak. rambutan kami dah habis dah. tinggal 2 -3 tangkai saja tu
BalasPadamAduh aduh aduh.... meriahnya warna!
BalasPadamaduhhh...ngencess dah nie wak....
BalasPadamYa Allah, geramnya kita tengok buah rambutan lebat dan berjuntai2 tu Wak. Alhamdulillah, hasil berbudi kepada tanah dan pokok. Walaupun dah berpuluh2 tahun tetap menghasilkan buah yg lebat.
BalasPadamwak...kami nak pergi buat lawatan makan rambutan ke rumah wak ni....
BalasPadamLebat buahnya.. merah-merah warnanya..
BalasPadamPM alamat wak.. nak buat lawatan sambil makan 😁
BalasPadamTahniah Wak... Kerana masih memiliki pokok rambutan warisan yang berbuah lebat ni... cantik pulak tu.. berwarna warni..👍👍
BalasPadamwow lebat sungguh buahnya terliur mandang
BalasPadamrambutan gula batu?
BalasPadamBuah rambutan kerak nyior ke? Rambutan feveret saya jenis anak sekolah..kalau dapat yang tu memang tak berhenti makan
BalasPadambestnya!! teringat plak kat pokok rambutan dpn umah my mom kat kampung...pun dh berpuluh tahun usianya dan selalu jer lebat berbuah
BalasPadamkalau di kelate ini dipanggil rambutan che embong. betul la ciri2 yg wak tulis tu. kat umah pusaka ayah dulu ada pokok moktey ni tp telah ditebang kerana sakit tua....
BalasPadambuah rambutan jenis ni la feberet sy, payahh nk jumpa skrg
BalasPadamdulu2 pokok tp semua dah kena tebang hu hu yg baru2 pokok ank sekolah dan gading kuning je byk
Masya Allah lebat sangat ni Wak!
BalasPadamMesti geram je orang lalu lalang tengok 😀
Kalau rumah saya dekat bolehkan Wak minta buah rambutannya😄
BalasPadamIn shaa Allah dalam 2 minggu lagi, agak agak rambutan tu dah ranum kami akan buat lawatan sambil belajar ke rumah Wak.....(jangan percaya)🤣🤣🤣
BalasPadamlebatnya buah rambutan. Saya suka makan masa rambutan macam ni ...tak terlalu masak ranum.
BalasPadamLebat tu. Ingatkan dah habis musim rambutan. Ada lagi rupanya.
BalasPadamSubhanallah, lebat buahnya! Syoklah mencekik rambutan 🤩
BalasPadamWahhh... pohonnya sudah legend tapi masih gigih berbuah. Rezeki lebat tu 😄
BalasPadamtupai dgn kera ada singgah x?🤭
BalasPadambuah rambutan yang menyelerakan
BalasPadamYa Allah meriah nya buah rambutan..
BalasPadamDimana boleh beli benih pokok duku dan rambutan?
BalasPadamrumah kat mana wak? saya nak datang beli rambutan
BalasPadamSuburnya pokok rambutan Wak. Daun dan buah lebat. Suka saya tengok. :D
BalasPadambila tgk pokok rambutan mcm ni, automatik akan teringat rumah arwah nenek di johor.. ada pokok mcm ni la..besar.. and setiap kali berbuah, mesti kita org semua akan balik kampung....seronok betul
BalasPadamYa ampuuun subuuur sangat Wak 😍😍😍. Sampai berjuntai buahnya yaaa. Usianya dah tua pula. Melihatnya saja memang lah buat happy.
BalasPadamkalau balik kampung je bole tengok pokok rambutan camni. mesti manis2 buahnya kan
BalasPadamAlhamdulillah.. Lebat buahnya.. Suka buah begini..
BalasPadammerimbun habis dh mcm pokok bunga pula nampak dari jauh.. pokok senior bukan kaleng2
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamKongsi rezeki.