Selasa, 19 September 2023

Bina Bilik Air di Belakang Rumah

 Salam bertani

Sudah lebih semingguan wak membantu dua orang tukang dari seberang menyiapkan binaan bilik air di belakang rumah. Wak buat dua pintu, satu tandas dan satu bilik mandi. Bilik air ni untuk kegunaan wak membersihkan diri selepas balik kerja dari kebun atau sungai. Boleh juga untuk kegunaan tetamu yang datang. Jom tenguk


Asas binaan bilik air di belakang rumah


Ruangan tandas 2m X 1.5m


Ruangan bilik mandi 2m X 2m


Pandangan daripada beranda belakang rumah


Pasang kerangka bumbung


Ruangan dalam siap pasang tile


Bilik tandas dah siap


Bilik mandi dah siap


Siap pasang pintu dan bumbung


Pasang besi penghadang supaya tak kelihatan
 daripada hadapan/beranda


Pasang penutup longkang


Letak mesin basuh manual dan freezer buruk.
Mesin basuh manual untuk basuh pakaian kebun wak
dan kain2 buruk.

Salam bertani.

39 ulasan:

  1. Freezer buruk tu utk sejukkan baju kebun wak jugak ke? Ahakss

    BalasPadam
  2. wah.. nice la wak.. mmg bagus idea buat toilet kat luar rumah ni... kalau hari raya anak cucu balik xdelah berebut toilet kat dalam rumah tu.. kalau ada keramaian/majlis pun senang je x perlu nak masuk dalam rumah utk ke toilet

    BalasPadam
  3. Kemas hasil dia wak, baguslah sediakan untuk kemudahan tetamu yang datang

    BalasPadam
  4. saya pun suka wak tandas luar rumah lebih privacy hahaha..

    BalasPadam
  5. cantik bilik air baru wak. bagus juga tu untuk kegunaan tetamu good idea wak.

    BalasPadam
  6. Wahhh.. ada gambar bilik air kat blog wak hari ni πŸ˜†

    BalasPadam
  7. Rapih dan bersih Wak...halaman belakang wak pun luas..enak buat duduk santai ya Wak πŸ‘

    BalasPadam
  8. wak dekor bagi esthetic ruang tu wak buh pokok2 hijau hehe :)

    BalasPadam
  9. Kalau ada sumur di ladang, boleh sy menumpang mandi ye Wak :D

    BalasPadam
  10. senang ada bilik air..memudahkan urusan panggilan alam.. hehe

    BalasPadam
  11. seronok rumah cam gini. nak bina apa je anytime.

    BalasPadam
  12. Terbaik Wak, pandai pulak Wak bertukang.!

    BalasPadam
  13. praktikal la. tapi rumah teres tak dapat le buat cenggini

    BalasPadam
  14. Mantap Wak. Pastu buat bilik kecil, boleh jadi homestay dalam kebun.

    BalasPadam
  15. Hasilnya sangat mengkagumkan...terbaik gitu

    BalasPadam
  16. senang ada satu bilik air di luar, cantik tandas ni

    BalasPadam
  17. cantik dan kemas hasilnya wak, selesa dah tu untuk tetamu pun sesuai kot kebetulan ramai kan boleh guna di luar

    BalasPadam
  18. kemas tukangannya...
    blk air kat luar ni mmg sgt2 diperlukan esp kalau kita buat kenduri kendara...

    BalasPadam
  19. Patutnya tak payah pasang bumbung wak... konsep terbuka... hehehehe

    BalasPadam
  20. Sesuai juga ketika musim raya dan kenduri kendara ni..Bagus idea ni..boleh tiru ni

    BalasPadam
  21. Tandas di luar rumah untuk membersihkan diri lepas berkebun, idea yang baik. Nampak selesa..

    BalasPadam
  22. kemah keming pembinaan tandas n bilik mandi outdoor ni. Jika tetamu nak qadha hajat mudah bg mrka nak buat.... congrats!

    BalasPadam
  23. Senang ada tandas dan bilik air di luar rumah. Balik berkebun selalu diselaputi lumpur kadang ye, Wak. Tak perlu masuk rumah dalam keadaan kotor. Kalau saudara mara datang beramai-ramai, tak perlu berebut bilik air dalam rumah juga. Bagus, Wak.

    BalasPadam
  24. Teliti wak rancang pembinaan bilik air ni, siap penghadang.
    Cantik rekaan dalamnya, selesa sangat ni.

    BalasPadam
  25. wah kemas bilik air luar utk guna seharian balik dari kebun

    BalasPadam
  26. Memang penting ni, bilik air dan mesin basuh asing kat luar rumah... Takdalah nak kena asingkan kalau guna yg kt dlm je... Terbaik! Janji selesa dan mudah πŸ’š

    BalasPadam
  27. bestnya...saya pulak rasa hepi wak ada bilik air belakang rumah...

    BalasPadam
  28. setelah jadi bagus sekali bilik airnya,

    BalasPadam
  29. SA suka konsep ni..especially kat rumah kampung..suka tandas duduk dari tandas cangkuk..jenuh nak bangun kalau cangkuk...

    BalasPadam
  30. cantik bilik air dan tandasnya. simple tapi nampak kemas je

    BalasPadam
  31. Suka ada penghadang tu, nampak lebih kemas.

    BalasPadam
  32. Isssh setelah jadi baguuuuuus Wak πŸ‘πŸ‘☺️. Jago juga Wak bertukang yaaa. Memang lah dikasih penghalang , jadi makin rapi dan tertutup. Toilet memang setidaknya tidak terlalu kelihatan orang lain kan

    BalasPadam
  33. Alhamdulilah.. sempurna dan cantik bilik airnya. Segala kelengkapan ada :)

    BalasPadam
  34. Senang ada tempat khas sendiri nak bersihkan diri kat luar.

    BalasPadam
  35. Cantik bilik airnya Wak, terpisah tandas dengan bilik mandi.

    BalasPadam
  36. kalau anak cucu balik mudah urusan mereka. tak berebut bilik air

    BalasPadam