Selasa, 29 Ogos 2023

Empat Ekor Bantal Golek

Salam Bertani

Empat ekor bujang bantal golek ni duduk sebilik. Semuanya asal pendatang  dan telah menjadi majikan wak dan pn is3 selama ini.

Mula-mula sekali si Kent. Wak kutip dia kat surau selepas solat subuh. Dah dua tiga hari dia kat surau, pada pagi tu dia duduk kat motor wak. Kariah surau cakap, ambillah wak pelihara, cantik kucing ni. Kebetulan ada sebuah bilik kosong kat rumah wak, wak tempatkanlah Kent kat situ. Kent tu anak wak yang bagi nama.


Selang beberapa lama datanglah pula si Otto. Dia ni orang buang kat reban ayam wak, masa tu kecil lagi, masih menyusu, Wak dan pn is3 pakat bela. Bila dah besar sikit tanya Kent, boleh tumpang bilik? Kent okay aje, adalah dia kawan bermain.

Lepas tu datang pula si Bubu. Dia ni wak kutip kat pasar minggu masih bayi lagi dan badannya penuh kurap. Matanya dah tak boleh buka. Orang2 kat pasar tu suruh wak ambil, takut dia kena langgar atau terpijak nanti, Jadi wak belalah dan rawat dia. Beri nama Bubu sebab bulunya warna kelabu. Dah besar sikit, wak tanya Kent dan Otto, boleh tumpang bilik? Mereka okay aje.


Last sekali datang si Oyen. Dia ni mungkin kucing sesat atau orang buang kat reban ayam wak juga. Curi-curi makan dedak ayam kerana kelaparan. Wak dan pn is3 sepakat kita belalah. Bagi nama Oyen sebab warna bulunya. Tanya kat Kent, Otto dan Bubu boleh tak tumpang bilik? Mereka okay aje.

Walau pun mereka kucing jantan, mereka tidak bergaduh dan tidak menguasai kawasan sebab semuanya sudah masuk jawi. Juga tidak pernah kencing merata-rata. Sekarang ni mereka jadilah empat ekor bantal golek sebilik.



Along Kent


Angah Otto


Uda Bubu


Ucu Oyen

Mereka tanya, sapa paling encem

Salam bertani


40 ulasan:

  1. Along Kent paling kacak! Macam kucing Bengal je wak.. sebab bulu dia ada jalur

    BalasPadam
  2. Banyaknya kucing wak... kalau Najwa dapat ni habis di ngomolnya...

    BalasPadam
  3. semua pun encem! tp saya suka apa2 kucing oyen hahahah

    BalasPadam
  4. Along yg plg ensem tp konfem ke oyen tu ucu?

    Masa Kent cakap boleh tu dia angguk kepala wak? Ahakss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oyen tu uculah sebab dia datang lewat setahun selepas wak bela bubu

      Padam
  5. antara empat ekor ni siapakah diantara mereka pandai memburu?

    BalasPadam
  6. Paling hensem mestilah along kent... tapi yang gedik tu nampaknya cam si oyen bukan main tayang body le kononnya tu. hehe

    BalasPadam
  7. waahhh..bukan main la.. Along Kent la menang..encem sgt tu

    BalasPadam
  8. semua pun comel gebus, tapi paling suka dgn Otto, pattern di mukanya nampak unik...moga Wak sentiasa dipermurahkan rezeki...aminn

    BalasPadam
  9. Semuanya encem ๐Ÿ˜
    Elok gebu semuanya, bagus pekerja jaga majikan ๐Ÿ˜„

    BalasPadam
  10. Kucing Wak cakep-cakep semua...sayangnya kucing saya ada beberapa hilang bbrp hari yg lalu belum pulang

    BalasPadam
  11. Susah nak jawab tu Wak, semua encem ๐Ÿคฉ

    BalasPadam
  12. semua encem!! sebab wak dan isteri dah jaga dgn baik. semoga dimurahkan rezeki selalu

    BalasPadam
  13. ya Alloh manis sangat, mbul suka elus kucing apalagi yang gemuk dan bulu bagus

    BalasPadam
  14. semoga Wak sekeluarga akan dimurahkan rezeki kerana membela kucing2 jantan ini. Sy bela sepasang kucing bernama Jamal dan Mimi...

    BalasPadam
  15. Saya ada 5 ekor lagi baru lahir.. Hihi. Puas le nak menjaganya, kalau duduk rumah kampung senang sikit.

    BalasPadam
  16. Santai nya penceritaan WP bila tanya sekor-sekor boleh tak jadi roomate. Comel!

    BalasPadam
  17. Along Kent..!!! Tapi semua pun encem2.

    BalasPadam
  18. montel2 sihat semua kucing2 ituu., aminn

    BalasPadam
  19. semua comel tapi paling ensem kent..bulu dia cantik..nmpk macam kucing mahal...

    BalasPadam
  20. Semua gemok-gemok di bela Wak.. geram pulak kita nak tepuk punggung dia hahahaa

    BalasPadam
  21. Kagumnya saya kucing peliharaan Wak boleh berbicara dan bertolak ansur. Moga terus hidup rukun damai.

    BalasPadam
  22. Otto tu sekali pandang memang iras musang...suka warna Otto

    BalasPadam
  23. Along Kent tu baka apa la kucing tu. Unik warnanya.

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah semua sihat Dan baik baik je duduk sebilik ye.. Senang lah jaga
    .. Takdalah isu sekor gaduh, sekor lari rumah..Agituh.. Semua handsomeee ๐Ÿคฉ

    BalasPadam
  25. Hensem semuaaaa anak bulusnya Wak ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Sehat sehat. Murah rezeki Wak karena bela dan selamatkan mereka yaa ๐Ÿ˜. Tak kencing merata karena Disteril kah? Kucing saya sejak Disteril jadi tak pernah spraying lagi.

    BalasPadam
  26. wakkkk pinjam moto... ehhh bkn nak pinjam otto... nak buat bantal smbl dgr purrr purrr dia๐Ÿ˜
    sy suka kucing bulu mcm otto tu. mcm karpet๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
  27. Ramai majikan wak. hihi... Bagus dorang tak gaduh. Semua hensem wak!

    BalasPadam
  28. Antara haiwan paling beruntong ni....

    BalasPadam
  29. Semua hensem. Baguslah tidak gaduh.
    Semoga murah rezeki Wak jaga. Siap ada bilik khas.

    BalasPadam