Salam bertani
26.04.2016 - Zura melahirkan anak ke-dua
Wak dah lupa nama anaknya
Juga lupa nak pasang rantai leher pada masa itu
Semasa berumur setahun, anak Zura hanyut ke dalam sungai
Dia dapat mendarat ke tebing seberang sungai
Sejak itu ia hidup bersendirian di seberang sungai dan wak
mula panggil dia 'Yut' sempena peristiwa hanyut tersebut
Yut tidak dapat ditangkap kerana tidak bertali.
25.03.2020 - Walau pun hidup sensorang Yut melahirkan
anak sulung betina
Wak bagi nama Ning sebab warna kuning
Yut dan Ning di seberang sungai semasa banjir besar
pada Januari 2021
Mujurlah mereka tak hanyut sekali lagi
27.04.2021 - Yut melahirkan anak ke- dua
Anak jantan ni wak namakan Pokteh Ali sebab ada
tompok putih di kepalanya
Panggilannya Putih sahaja
23.12.2021 - Ning pula melahirkan anak pertama jantan
Wak daftarkan nama 'Napi'
Tahun 2021 keluarga Yut di seberang sungai
dah jadi empat ekor
Masa ni Yut sudah dapat ditambat
10.03.2022 Yut melahirkan anak ke-tiga
Anak jantan yang wak namakan 'Syuk' tu
Gambar Putih terkini
Gambar Syuk terkini
Gambar Napi terkini
Ning, Napi dan jantan misteri yang sesekali datang
daripada hutan bersebelahan
Yut the legend
Kerana keluarga hanyut ini, wak terpaksa meredah
sungai setiap hari
Salam bertani
Nampak garang Napi tu ye Wak
BalasPadamNapi tu baik budaknya sebab dah ditambat sejak lahir lagi
PadamSy sampai buat salasilah nak fahamkan kejadian keluarga hanyut ni. Tapi masa mula2 sedih pulak tengok Yut sensorang kat seberang sungai tu, wak. Mujur ada jantan yg sudi memperisterikan Yut, hihihi.
BalasPadamBertahun juga Yut berseekoran di seberang sana
Padamsuka tengok gambar2 lembu sekeluarga....sian Zura, sib baik tak meroyan, anak hilang..Yut bertemu jodoh dgn lembu seberang..kreatif Wak bagi nama..
BalasPadamMasa Yut hanyut ke seberang sungai tu dia dah ada adik
PadamJadi emaknya dah tak kisahkan dialah
Kalau dah jodoh, di seberang sungai pun ada jantan misteri dari hutan hahaha boleh dibukukan kisah hanyut si Yut ni, wak. Buat buku cerita kanak-kanak.
BalasPadamNapi membesar dengan sado :D
Dulu2 masa seekor kadang2 sampai seminggu Yut tak kelihatan di seberang sana. Rupanya ikut jantan lliar tu dalam hutan
Padamwak tak bawak merentas balik ke?
BalasPadamSekarang seberang sungai tu pun wak dah jadikan kawasan ragut. Anak2 kayu wak dah tebang dan bersihkan. Yut dan keluarganya pun dah selesa kat sana
PadamEh ada juga ya lembu liar (jantan misteri dari hutan). Menarik cerita Yut ni. Wak meredah sungai tiap hari guna sampan ya?
BalasPadamWak nyeberang sungai pakai redah aje
PadamAirnya sedalam paras pinggang aje.
Kalau musim hujan bila air besar baru wak guna jambatan yang ada di hujung kampung.tapi jaraknya jauh sikitlah
Menarik kisah Yut ni..Boleh difilemkan ni..
BalasPadamBuat drama pukul 7 tu pun laku ni..
Pasti lebih kontroversi dengan kehadiran watak Syuk & Napi tu..🤭
Wak jarang2 tonton tv
PadamApatah lagi drama pukul tujuh tu memang tak pernahlah time nak ke surau
Walaupun berada di seberang sanun, Nyut hidup bahagia sebab ada pakwe. Patutlah Nyut sanggup hidup bertahun di sana. Moga Nyut terus berbahagia.
BalasPadammemang tak boleh nak bawak ke seberang sini ye wak si Yut dan keluarganya? nasibla tak di curik orang ye wak depa2 ni..... jantan pojaan lah tu wak , kiranya lembu liar jugak lah tu ya sebab tak bertali
BalasPadamSekarang tempat Yut tu pun dah jadi kawasan ragut.
PadamYut, Putih, Napi dan Syuk wak dah tambat
Cuma Ning aje yang tak dapat dipasang tali lagi.
wah bahgianya keluarga tepi sungai ni kak ada berangan nk tulis cerpen keluarga tepi sungai ni xsiap2 heh heh...nanti nk cuba sambung
BalasPadamPI memang terror bab2 berkarya ni
PadamWak tak pandailah nak menulis cerpen atau cergam (cerpen bergambar)
Hensem Syuk!
BalasPadamensem lagi ankel
PadamKeluarga hanyut yang harmoni. Walau hanyut membentuk sebuah keluarga sendiri yang harmoni.
BalasPadamHalo keluarga Hanyut sekalian.... hehhee.. Moga takda yang hanyut dah ye..
BalasPadamalahai...nama pun ada cerita kan, unik sungguh
BalasPadamramai generasi ko Yut :) lama tak singgah ke sini wak.. semoga baik2 semuanya.. aamiin
BalasPadamwalaupun terpisah di seberang sana, dapat juga ia membina keluarganya.. Tak dapat dibawa semula ke seberang sini semula ke wak?
BalasPadamSeberang sini pun lembu wak dah banyak
PadamBiarlah Yut dan keluarganya di seberang sana
bersusun generasi yut..wpun tercampak ke seberang, berjaya Yut ni survive & menambahkan ahli keluarga..
BalasPadamTakpe la wak.,..yg penting Yut sekeluarga lembu wak, hak milik wak kan....jangan ada orang lain mengaku milik dia sudah...cepat besar ye anak2 Yut tu...
BalasPadamDah besar dah family Yut..
BalasPadamAsal usul jantan liar mesti hanyut juga tu. Hanyut2 pn berkembang dgn jayanya keluarga yut.. Salasilah bertingkat da hierarkinya Haha
BalasPadamKesian dia hanyut dan terpisah kat seberang tapi dah bahagia dah dia ada keluarga. Kena buat jambatan tu wak. Sesekali bawa balik ke seberang sini pulak. Syuk sorang je putih.
BalasPadammcm mana wak ingat nama budak2 tu wak.. jenuh gak nak hafal semuanya
BalasPadam