Khamis, 10 Mac 2022

Tengkujuh di Luar Musim

 Salam bertani

Kebiasaannya pada awal bulan februari sehinggalah bulan mac adalah musim kemarau berbeza pada tahun ini musim tengkujuh pula. Musim hujan lebat yang berlarutan ini akan mengganggu pembentukan bunga buah-buahan bermusim dan mengakibatkan banjir di beberapa kawasan rendah.

Hujan lebat yang turun selama hampir dua jam pada malam selasa yang lepas telah mengakibatkan paras air sungai tempat wak menggembala lembu naik mendadak dan mengakibatkan sebahagian kawasan padang ragut dinaiki air. Alhamdulillah pada hari ini (khamis) air sungai sudah surut seperti biasa tetapi sebahagian rumput ragut kotor terkena lumpur.


Paras air sungai naik mendadak selepas hujan lebat
selama dua jam pada malam selasa


Laluan ke sungai juga digenangi air


Air surut sedikit pada hari rabu


Si Rina minum air banjir


Air dalam begini, macam manalah wak nak nyeberang


Si Putih main air di tebing sungai


Alhamdulillah, pada pagi ini (khamis) air sungai
 dah surut kembali.
Rumput ragut di tebing sungai diselaputi lumpur.


Salam bertani


25 ulasan:

  1. ammi baru terfikir..kalau rumput2 tu kotor, lembu2 tu akan cari rumput yang bersih atau dorang makan je apa yg ada depan mata?

    tertanya2 je sbb tak pernah tau

    BalasPadam
  2. Pagi tadi pun hujan lebat di kawasan Tampoi. Betullah wak, selalu waktu2 macam ni agak mearau, tapi cuaca sekarang tak menentu.

    Hurmm.. susah jugak nak ingat nama lembu2 wak ni, sebab tengok rupa dan warna banyak yg sama, hihi.

    BalasPadam
  3. hishhh dalam juga tu wak sungainya bila air penuh. Semuga lembu wak dilindungi Allah juga sambil mencari makan. Ada buaya tak wak

    BalasPadam
  4. Betul tu..Bulan Disember hingga Mac ni biasanya kat kampung saya musim kemarau dan musim menuai padi..Tahun ni memang cuaca dan iklim tidak menentu...

    BalasPadam
  5. harap-harap banjir tidak berulang lagi..

    BalasPadam
  6. Tak leh bayang kalau hujan masih berterusan..kesian ternakan wak tu ha...mana la diornag nak meragut nanti

    BalasPadam
  7. Tu lah... Sekarang cuaca tak menentu..

    BalasPadam
  8. lembu ora adus pon hargane larang kan wak WP., kihkih2

    BalasPadam
  9. Semoga diberi ganjaran pahala atas kesabaran melalui dugaan cuaca begini.

    BalasPadam
  10. Mesti risau ..dan tak senang duduk kan... Tapi apa je mampu dilakukan.... Moga dipermudahkan

    BalasPadam
  11. Sekarang ni, musim tengkujuh dah tak mengira waktu kan Wak? Dah tak boleh nak anggarkan dah. Kalau sebelum ni, bolehlah sekurang-kurangnya buat persediaan masa hujung tahun. Laaa nih, dah tak menentu dah cuaca di kebanyakan tempat.

    BalasPadam
  12. Cuaca tak menentu sekarang ni. Cepat jugak naik air tu. syukurlah lekas jugak surutnya.

    BalasPadam
  13. dlu2 musim tengkujung ujung thn..skarang awal thn pn cuaca ujan

    BalasPadam
  14. ALHAMDULILLAH CEPAT SURUT AIR BANJIR N KELUARGA TEPI SUNGAI TU SELAMAT SEMUA

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah, cuaca pun dah semakin baik

    BalasPadam
  16. Musim banjir pulak. Semoga semuanya selamat

    BalasPadam
  17. Gagah perkasa lembu2 wak. Semoga baik2 aje ye wak.

    BalasPadam
  18. Semoga semua urusan WP dipermudahkan olehNya. :)

    BalasPadam
  19. Hujan di luar musim dan luar biasa juga lebatnya...
    Moga kita semua sentiasa dilindungi-Nya dari segala musibah aamin.

    BalasPadam
  20. Putih oiiii! Jangan main-main tepi sungai.

    BalasPadam
  21. Macam pelik juga cuaca sekarang nie, makin tak menentu dah kan. Apapun semuanya dengan izin Allah.. semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah.. Aamiin Ya Rabb..

    BalasPadam
  22. Cuaca tak menentu. Harap tanaman dan ternakan WP semuanya selamat ya. Jaga diri

    BalasPadam
  23. Moga semua urusan dipermudahkan dan moga lembu2 kat sana membesar dengan sihat hendakNYA.

    BalasPadam
  24. wak bagi makan lembu memang kat tempat sama je ya setiap hari?

    BalasPadam