Isnin, 5 Mac 2018

MB 37: Burung Puyuh Goreng

Salam bertani.

Biasanya kita membeli burung puyuh yang sudah siap diproses untuk dijadikan menu santapan atau pergi saja ke kedai makan untuk merasai kelazatan daging burung puyuh. Bagi WP pula, terpaksa  melalui proses yang lebih panjang bermula daripada memilih burung puyuh hidup untuk disembelih sehinggalah siap dihidang.

Inilah proses kerja buat yang WP lakukan pagi minggu semalam untuk menyediakan menu makanan tengah hari 'Burung Puyuh Goreng'.


Menu burung puyuh goreng.
Ratah aje tak payah makan nasi.


Bermula dengan memilih burung puyuh untuk disembelih.
Sembelih 5 ekor burung puyuh.


Burung puyuh yang telah disembelih dibersihkan
daripada sisa darah dan kotoran.


Burung puyuh direndam dalam air panas untuk
memudahkan proses membuang bulunya.


Burung puyuh yang telah dibuang bulunya.
WP mencabut bulunya secara manual aje.


Perbezaan diantara burung puyuh jantan (kiri)  dan betina.


Burung puyuh yang telah diproses.
Bolehlah dibersihkan dan diperap  sebelum digoreng.


Menggoreng burung puyuh.


Burung puyuh goreng siap untuk disantap.
Jemputlah makan.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen