Sabtu, 29 September 2018

Pokok Telang

Salam bertani

Pokok telang merupakan sejenis tumbuhan kekacang yang hidup menjalar dan memanjat junjungan atau tumbuhan lain. Ia mengeluarkan banyak bunga berwarna biru yang cantik dan sesuai djadikan tanaman hiasan pemanjat pagar atau pagola. Bunganya akan membentuk kekacang yang boleh dijadikan biji benih malah kekacang pokok telang ini boleh dimakan sebagai peransang minda.

Selain bunga telang yang cantik dijadikan penyeri lamam ia juga dimanfaatkan sebagai pewarna kepada makanan dan beberapa produk lain. Selain bunganya yang ada nilai herba, daun, akar dan kekacangnya juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan terutama untuk wanita.

Kita sekarang jarang memanfaatkan khasiat herba daripada pokok telang dan kebanyakan bunganya  akan berguguran begitu sahaja seperti yang WP tanam ini. Hanya sekadar jadi tanaman hiasan sahaja.


Sekuntum bunga telang yang sedang mekar



Pokok telang yang memanjat junjungan


Bunga dan kekacang telang


Daun pokok telang


Perlu pencahayaan penuh untuk rajin berbunga.


Bunga yang cantik, mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.


Salam bertani.

Isnin, 24 September 2018

MB 62 : Ikan Parang

Salam bertani.

Ikan parang fresh : Masak apa sedap ek


Salam bertani

Jumaat, 21 September 2018

Anak Ayam Kampung 5

Salam bertani

Salah satu tugas hakiki harian WP ialah menternak ayam kampung. Selain menghasilkan telur ayam untuk dijual, sebahagian telur ayam kampung akan dieramkan untuk mendapatkan anak ayam. Ibu ayam akan memelihara anak-anaknya selama sebulan sebelum dipisahkan. Anak-anak ayam kampung boleh dituai selepas berumur empat bulan.


Anak ayam kampung yang baru menetas


Ibu ayam kampung sedang mengeram.
Telur ayam akan dieram selama 21 hari sebelum menetas


Anak-anak ayam kampung dididik oleh ibunya


Ibu ayam denak ini memelihara lima ekor anak ayam kampung 


Ibu ayam denak bersama-sama anak-anaknya.


Anak-anak ayam kampung berumur sebulan.
Sudah dipisahkan daripada ibunya.


Anak-anak ayam kampung berumur dua bulan.


Lima ekor anak ayam kampung siam.


Seekor anak ayam kampung siam jantan.


Anak-anak ayam kampung berumur 2 setengah bulan


Enam ekor anak ayam denak berumur dua bulan.

Menternak ayam kampung hanyalah hobi WP untuk penghasilan sara diri dan selebihnya ada juga yang dipasarkan.

Salam bertani.

Isnin, 17 September 2018

MB 61 : Pemalas

Salam bertani.

Kerja dah takde. Makan tidur ajelah.
Si pemalas tidur di kerusi malas.




Salam bertani.