Khamis, 10 Ogos 2017

Pokok Sansevieria

Salam bertani



Pokok sansivieria  biasanya kita panggil pokok lidah jin atau lidah mentua. Ia ada banyak  jenis tetapi WP tanam beberapa jenis saja. Sesuai ditanam terus ke tanah dan boleh juga ditanam di dalam pasu. Pokok sansivieria cepat membiak dengan mengeluarkan stolon yang akan membentuk anak pokok.

Anak benih pokok sansevieria boeh didapati daripada pecahan rumpun. Rumpunan yang telah padat di dalam pasu bolehlah diubah dan dipisah-pisahkan menjadi beberapa bahagian dan ditanam ke dalam pasu yang berasingan. Pokok sansevieria boleh juga dibiakkan melalui keratan daun. Daun sansevieria dipotong kepada beberapa bahagian dan disemai ke tapak semaian berpasir sebelum dipindahkan ke dalam pasu.

Pokok sansevieria tidak memerlukan pencahayaan yang penuh. Ia boleh diletakkan di tempat yang naung malah boleh dijadikan tanaman hiasan di dalam rumah  yang dapat menyegarkan udara. Daun pokok sansevieria juga mempunyai nilai herba yang boleh digunakan untuk perawatan sesetengah penyakit.



Pokok sansevieria di dalam pasu.


Hidup subur dengan penjagaan yang mudah.


Sejenis pokok sansevieria yang lain


Cepat membiak sekiranya ditanam di atas tanah.


Bunga pokok sansevieria.
Bunganya jarang-jarang kita lihat.

Salam bertani.

Rabu, 9 Ogos 2017

Anak-anak Si Olie

Salam bertani

Anak-anak Si Olie (Cucu Ramadan) lahir pada 27 Mei 2017 sempena awal Ramadan yang lalu.
Empat ekor semuanya, dua jantan dan dua betina. Malangnya anak-anak Si Olie tidak berbulu tebal sepertinya kerana bapa mereka adalah kucing kampung biasa. Malah kesemuanya mengikut warna bulu bapa mereka.


Anak2 Olie berumur dua minggu.
04.06.2017


Anak pertama (jantan). Semasa berumur hampir sebulan
22.06.2017


Anak pertama dan kedua (jantan dan betina)
22.06.2017


Anak ketiga (jantan)
22.06.2017


Anak ketiga dan keempat (jantan dan betina)
07.07.2017


Empat ekor anak Si Olie sedang menyusu)
28.07.2017


Anak-anak Si Olie sedang menyusu.
 Berumur 2 bulan lebih dan hampir sama besar dengan ibu mereka. 
 Anak Olie BERTAMBAH seekor.
08.08.2017


Si Putih (PATI Kitten) menjadi sebahagian daripada keluarga Olie.
Olie  sedang mengusap Putih, anak angkat yang sangat disayanginya. 
08.08.2017

 Nilai kasih sayang yang dizahirkan oleh seekor haiwan kadang-kadang tidak setanding dengan nilai-nilai kemanusiaan yang ada pada diri kita.


Salam bertani.

WW 46: Bunga Siantan Putih

Salam bertani







Salam bertani.

Selasa, 8 Ogos 2017

Telur Ayam Kampung

Salam bertani

Ayam kampung yang WP ternak sudah mula mengeluarkan hasil. Kebanyakan ayam kampung jantan telah dijual dan disembelih sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang lepas. Harga jualan ayam kampung hidup ialah RM12.00 sekilogram.

 Ayam kampung betina sudah mula bertelur dan telurnya perlu dikutip setiap hari. Ayam betina yang sudah habis musim bertelur perlu dikurung beberapa hari untuk mengelakkan ia mengeram dan mengganggu ayam-ayam betina lain yang hendak bertelur.


Kutipan sehari.


Ayam-ayam betina akan bertelur di dalam kotak telur yang disediakan.


Hasil seminggu (4 tray)
Telur ayam kampung ini WP jual kepada seorang peniaga
pasar minggu dengan harga 50 sen sebiji.
Sekiranya WP jual sendiri di paskam/pasar tani harganya 60 sen sebiji.


Telur ayam (depan) dan telur itik (belakang warna putih)
yang dijual di paskam. Harganya sama.


Sebahagian daripada ayam-ayam betina yang diternak.


Seekor ayam betina kampung


Pengawal ternakan ayam WP

WP menternak ayam kampung sebagai hobi untuk memenuhkan masa seharian dengan aktiviti yang berfaedah. Sebahagian hasil daging dan telur ayam kampung adalah untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual untuk pulangan modal membeli makanan ayam.

Salam bertani.

Isnin, 7 Ogos 2017

MB 8 : Ayam Kampung

Salam bertani

Pagi ini WP menyembelih tiga ekor ayam kampung dan memprosesnya secara manual sehingga selesai. Stok bekalan daging ayam untuk seminggu.

Tugas pn is3 pula untuk memikirkan masakan yang sesuai. WP tau makan sahaja.





Salam bertani

Ahad, 6 Ogos 2017

Kutip Buah Durian

Salam bertani

WP mengutip buah durian yang luruh setiap pagi dan petang. WP tidak menunggu setiap masa di dusun kerana ada banyak kerja lain yang perlu diuruskan.  Inilah kutipan hasil durian pada pagi ini. Kebetulah  pada hari minggu ini adik beradik, anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara balik ke kampung untuk kendurian. Kutipan petang ini untuk mereka bawa pulang ke rumah masing2 pula. Syukur Alhamdulillah.














Buah durian yang ditebuk tupai


Penunggu dusun


Dahan sekah bersama buah


Kesan serangan babi hutan.
Babi hutan sangat mahir membuka buah durian.


Kutipan sepagi.


Durian tembaga




Durian kampung


Kucing tidur.



Salam bertani.

Jumaat, 4 Ogos 2017

Selipar Durian Belanda

Salam bertani

Ada sepohon durian belanda di belakang rumah yang telah berumur lebih kurang lima tahun.
Sekarang tengah berbuah lebat dan berbuah tidak berhenti-henti.
Apa rahsianya?
Pokok durian belanda yang subur 
                                                     dan sentiasa mengeluarkan hasilnya. 

 
berbuah di batang pokok

Berbuah di hujung dahan

Buah yang lain

 
                                                        Buah yang hampir matang


Bunga durian belanda

Sebiji lagi

Inilah rahsianya.
Pokok ini memakai sebelah selipar/sandal di celah dahannya.
Selipar tersebut telah melekat dan tidak boleh dikeluarkan lagi.

Salam bertani.