Jumaat, 4 Jun 2021

JDT 11

 Salam bertani


Tuaian penghujung musim kuini
Kutip buah yang gugur sendiri


Pokok limau bali sunkist di depan rumah tengah galak berbuah


Bff sedang bersantai


Nama dia Jantan
Wak panggil Atan aje
Umurnya dah dua tahun


Pokok durian duri hitam ni dah berumur 4 tahun
Harap2 musim depan berbungalah


Wak netaskan 25 ekor anak ayam kampung.
Dah berumur seminggu






Beli 3 bag baja ni pun dah hampir mencecah RM400


Setiap petang bila pulang dari dusun wak akan jumpa sunset
kalau cuaca tidak hujan


Setiap hari hujan turun
Air parit di dusun pun dah penuh


Anak durian duri hitam ni harganya RM100


Projek menebang pokok getah tua dah selesai
Masih banyak kerja lagi kena buat sebelum 
memulakan penanaman baru.


Cuba ambil gambar bulan gerhana baru2 ni.
Tapi macam tak jadi


Ayam kampung dewasa
Wak ternak untuk hasilkan telur ayam kampung


Selesai pasang pargola awning depan rumah.

Salam bertani.


Rabu, 2 Jun 2021

Tak Ada Rasa Bersalah Sikit Pun Part 3

 Salam bertani

Pada pagi tadi wak menghendap budak nakal si Kent nak curi ikan hiasan  yang dipelihara oleh pn is3. Kita tenguk gelagatnya.


Tenguklah budak ni
Memang nakal betul


Riki kawasan dulu
Macam line clear
Mak encik takde


Owh ada ikanlah dalam air ni


Kalau dapat tangkap ikan2 ni memang best


Geramnya
Siap kau


1, 2, 3 terjun


Tak sempat snap gambar kent terjun dalam kolam
Bukan dapat ikan pun
Dah basah kuyup pandai pulak berjemur
Buat2 rilek, olok2 tak bersalah
Kent  Kent



Salam bertani.


Selasa, 1 Jun 2021

Bacaan Yasin Satu Malaysia TV 3

 Salam bertani


Alhamdulillah, dapat turut serta pada 6.30 pagi tadi.


Budak Otto tumpang empat kaki


Budak Putih pun dengar tazkirah.

Salam bertani.

Jumaat, 28 Mei 2021

Membaja Pokok Durian Yang Sedang Berbuah

 Salam bertani.

Wak dah selesai membaja pokok-pokok durian yang sedang berbuah muda di dusun WP. Wak gunakan dua jenis baja iaitu baja sebatian Nova Tec Premium dan baja soluble Nova SOP. Pokok durian yang sedang berputik sesuai diberikan baja  tambahan apabila buahnya sebesar bola tenis atau pun setelah putik buah tidak lagi gugur (rontok). Selepas ini wak akan memberikan baja kepada pokok rambutan, pulasan, manggis dan cempedak pula.


Baja sebatian untuk buah kerana kandungan K yang tinggi (20%).
Dapat membantu pembentukan fizikal dan pembesaran buah.
Berbentuk butiran yang boleh ditabur terus di sekeliling pokok.


Baja SOP (Sulphate of Potash)
Mengandungi 41.5% K dan 17.2% S
Berfungsi untuk meningkatkan kualiti dan hasil buah,
meningkatkan nilai, rasa, bau dan fizikal buah,
memberikan ketebalan kepada isi buah dan biji yang kecil.

Berbentuk serbuk yang boleh ditabur terus ke pangkal pokok
atau dilarutkan di dalam air untuk penyiraman/semburan.



Wak taburkan baja2 tersebut di perdu pokok durian
selepas rumput di sekeliling pokok durian dipotong.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan hasil putik durian 
di dusun  WP yang wak rakam pada pagi ini.












Salam bertani.


Ahad, 23 Mei 2021

Bela Ayam Mutiara

 Salam bertani

Wak baru cuba memelihara ayam mutiara sebanyak sepuluh ekor sejak dua bulan yang lepas. Wak bela daripada anak yang baru menetas, sehingga kini tinggal sembilan ekor yang hidup membesar.

Ayam mutiara  juga dipanggil  ayam api-api, biasanya dibela sebagai hobi kerana fizikalnya yang unik. Ia dikenali sebagai penjaga kebun kerana gemar memakan rumput dan serangga perosak tanaman. 

Daging ayam mutiara sangat berkhasiat kerana kurang kalesterol dan rendah kandungan lemak berbanding daging ayam komersial. Ayam mutiara betina akan mula bertelur apabila mencapai umur setahun dan mampu bertelur sehingga 30 biji setiap pusingan. Telur ayam mutiara akan menetas selepas 28 hari pengeraman.

Wak nak tunjukkan gambar-gambar anak ayam mutiara yang wak pelihara.


Sebahagian daripada anak-anak ayam mutiara semasa
 berumur beberapa minggu. Masih disediakan lampu 
pemanasan pada waktu malam.


Sepuluh ekor anak ayam mutiara berusia dua bulan.


Diberikan makanan dedak ayam dan rumput.


Ayam mutiara gemar makan rumput israel.

Salam bertani.