Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan cucu ramadhan. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan cucu ramadhan. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

Selasa, 6 Februari 2018

Si Bubu Dalam Kenangan

Salam bertani.

Si Bubu, salah seekor anak Olie kena langgar kenderaan di hadapan rumah semalam.
Jasadnya WP jumpai terbujur di tepi jalan pada sebelah petangnya. Petang semalam selepas pulang dari bekerja, pn isteri memberitahu Si Bubu tak balik makan tengah hari. Selepas puas dicari, hanya jasadnya yang sudah tidak bernyawa dijumpai.


Hanya tinggal kenangan.
Wajah Bubu yang hensem semasa berusia dua bulan.


Jasadnya yang terbujur kaku tidak bernyawa.


Bubu disemadikan di tepi rumah.


Di sini Bubu berehat untuk selamanya.


Kenangan Cucu Ramadhan.
Si Bubu dan adik beradiknya dilahirkan pada 01 Ramadan yang lalu.


Bubu (belakang) bersama-sama adiknya Lulu.


Nak makan ea Bubu 


Merenung masa depannya.
Rupanya usianya tak panjang


Bye2 Bubu


Bubu sedang bermain.



Dua gambar terakhir Bubu pada 16.11.2017 
sebelum jasadnya kaku pada (05.02.2018).
Usia Bubu hanya setakat lapan bulan sahaja.

Si Bubu dalam kenangan.
Salam bertani.

Isnin, 5 Jun 2017

Cucu Ramadhan

Salam Bertani

Sempena hadirnya bulan Ramadhan yang mulia ini, WP sekeluarga mendapat empat ekor keluarga baru iaitu anak-anak si Olie. Anak-anak sulung Olie mempunyai warna yang seakan-akan sama iaitu tompok-tompok hitam dan putih. Warna hitamnya akan bertambah pudar apabila anak-anak si Olie semakin membesar.



Anak-anak si Olie yang baru saja dilahirkan.


Empat ekor semuanya.
Dua jantan dan dua betina.


Olie ibu yang sangat penyayang.
Sudah seminggu tak keluar rumah kerana menjaga dan menyusukan anak-anaknya.



Cepatnya anak-anak si Olie membesar.


Anak-anak si Olie.
Masih belum membuka matanya.



Jangan ganggu, baby sedang nyenyak tidur.

Salam bertani.

Ahad, 30 April 2017

Bekalan Ramadhan dan Syawal

Salam bertani

Anak-anak ayam kampung ternakan WP telah mencapai umur tiga bulan. Sejak berumur dua bulan, anak-anak ayam ini telah dipindahkan ke reban besar dan diternak secara kurung lepas atau separa bebas.  Maksudnya anak-anak ayam kampung ini dilepas bebas pada waktu siang di kawasan reban yang berpagar dan akan masuk ke reban pada waktu malam. Cara peternakan sebegini dapat mengawal keselamatan anak ayam dan anak-anak ayam tidak dapat merosakan tanaman yang terdapat di sekeliling kawasan rumah.

Ayam kampung boleh dituai apabila mencapai umur empat bulan dengan purata berat hidup dua kilogram seekor. Biasanya ayam jantan lebih besar dan berat berbanding ayam betina. Ayam kampung jantan akan mula berkokok apabila berumur lima bulan dan ayam-ayam kampung betina akan mula bertelur selepas berumur enam bulan.

Ada lebih  tujuh puluh ekor ayam kampung yang sesuai untuk dituai menjelang bulan Ramadhan dan Syawal ini. WP berhasrat untuk menuai hanya ayam-ayam kampung jantan sahaja manakala ayam-ayam kampung betina akan dijadikan ayam penelur untuk menghasilkan telur ayam kampung. Ayam-ayam kampung jantan tidak boleh disimpan terlalu banyak kerana sering akan bergaduh apabila dewasa.

Adik-adik ayam kampung ini sudah berumur  hampir sebulan dan masih diternak di dalam reban didik. Mereka adalah 'Cucu April 2' yang ditunjukkan dalam entri WP beberapa minggu yang lepas.


Anak-anak ayam kampung yang telah berumur tiga bulan.



Bekas makanan dan air diletakkan diluar reban.


Lepas bebas di sekitar kawasan reban yang berpagar.


Reban yang bertutup dihuni oleh seekor bapak ayam (Siputih)
dan 10 ekor ibu ayam yang sudah bertelur.




Bekas makanan diletakkan di luar reban.
Diberi makan dua kali sehari dengan dedak ayam dan jagung hancur.



Bekas air juga diletakkan di luar reban.


Ayam kampung betina.


Ayam kampung jantan.


Ayam kampung betina.


Bapak ayam.


Salam bertani.