Ahad, 10 November 2024

Buat Jalan Kebun

 Salam bertani

Masa musim panas baru-baru ni, wak ada upah orang buat jalan di dusun WP. Alhamdulillah dah siap jalan baharu tu. Mudahlah wak meronda dusun walau pun hanya gunakan moto kapcai aje. Jom lihat


Buat jalan baharu masuk ke dusun.


Jalan baharu bawah pokok durian.


Mudahlah untuk wak kutip hasil dusun selepas ini.


Ada jalan simpang tiga di tengah kebun.


Pasang kalbat menyeberangi parit di tengah-tengah kebun.


Traktor sedang meratakan tanah.


Lori mengangkut tanah.


Bolehlah bawa kenderaan sampai bawah pokok rambutan.


Kat moto buruk tu tapak cadangan nak buat rumah kebun.
Tapi modalnya belum ada lagi.


Selesai buat jalan kebun di dusun WP.
Akhirnya pasang pintu pagar.

Salam bertani.