Isnin, 17 Jun 2024

Qurban Aidiladha : Syukri, Hanafi dan Jumaat Dapat Panggilan

 Salam bertani.

Salam aidiladha. Hari raya haji pada tahun ini, tiga ekor lembu yang wak pelihara di tepi sungai tu dapat panggilan qurban. Alhamdulillah, selepas solat sunat aidiladha pagi tadi mereka telah selamat diqurbankan. Wak rasa sedih juga di atas pemergian mereka tetapi rasa sangat bangga kerana pengorbanan mereka. Syukri dan Hanafi wak jual kepada kariah masjid dan Jumaat wak korbankan atas nama keluarga WP.


SKP
Syuk Ku Putih
(anak bongsu arwah Yut. Semasa emaknya hanyut dalam
 banjir besar tahun lepas, Syuk baru berumur setahun)


NST
Napi Sikat Tepi
(cucu sulung arwah Yut)


JTB
Jumaat The Barokah

Salam bertani

Isnin, 3 Jun 2024

Pokok Kacang Panjang Panjat Pagar

 Salam bertani



Wak tanam beberapa pokok kacang panjang di tepi pagar  rumah


Dah mula berbunga


Bunga dan buah kacang panjang


Buah semakin banyak


Dah boleh tuai


Tuaian pertama tanaman kacang panjang panjat pagar


Salam bertani