Ahad, 22 November 2026

Melantai Reban Ayam

 Salam bertani

Beberapa hari ni wak sibuk mengangkat pasir untuk dijadikan alas lantai reban ayam. Reban ayam   ni wak dah kosongkan beberapa minggu selepas disembur racun serangga dan pembasmi kuman. Wak cadang nak masukkan ayam penelur yang wak pelihara di dalam sangkar pembesaran. Ayam-ayam penelur tu dah berumur hampir tiga bulan. Jom nenguk


Pasir baharu sebagai alas lantai reban.


Pasir diratakan menutupi keseluruhan permukaan lantai.


Ayam penelur dimasukkan ke dalam reban.


Perlu masa dua bulan lagi untuk mula bertelur.


Dua jenis ayam penelur.
Dua ekor sebelah kanan ialah ayam lohman brown.
Seekor yang lebih gelap  ialah ayam Rhode Island Red (RIR).


Yang ni ayam penelur  RIR yang baharu berusia 6 minggu.
Masih tinggal di sangkar pembesaran berlantai tinggi.
Akan turun ke reban lantai pasir bila berumur 3 bulan.



Salam bertani.

Khamis, 12 November 2026

Pelam Pauh

 Salam bertani

Wak ada menanam sepokok pelam pauh daripada biji benih di tepi pintu pagar rumah. Pokoknya hanya sebesar lengan orang dewasa dan baharu berbuah buat pertama kalinya. Alhamdulillah buahnya sangat lebat, puas kami merasainya. Pn is3 wak setiap hari buat sambal buah pelam muda. Wak cuma makan buah yang masak sahaja. Jom nenguk


Buah pelam pauh yang sudah matang.
Buahnya bersaiz kecil,
 rasanya seakan-akan buah asam kundang.


Inilah perdu pokok pelam pauh di tepi tangga rumah wak.


Buahnya berjuntaian hampir mencecah tanah.


Lebih 20 biji setangkai.


Buah muda sedap dibuat sambal.


Laluan tangga no entry


Hampir matang.


Buah pelam pauh matang jadi pemandangan indah
di tepi tumah.

Salam bertani.