Isnin, 11 Ogos 2025

Tebang Pokok Getah

 Salam bertani

Kebun getah wak yang sekangkang gajah dah jadi hutan belukar. Sudah lebih sepuluh tahun pokok getahnya tidak ditoreh kerana harga ojol yang sangat rendah. Zaman susah dulu, pokok-pokok getah inilah yang menyuapkan rezeki kami sekeluarga dan menyekolahkan anak-anak. Semuanya tinggal kenangan apabila wak ambil keputusan untuk menebang pokok-pokok getah tua ini dan akan menggantikannya dengan tanaman pokok kelapa sawit. Jom nenguk


Kebun getah yang sudah menjadi hutan belukar.
Sudah lebih sepuluh tahun pokok getah tidak ditoreh.


Jentera penumbang pokok getah.
Seperdu pokok buluh betung tu wak simpan.


Kira wak jual kayu getahlah.


Kayu getah dikumpulkan sebelum dimuatkan ke dalam lori


Ada kayu getah yang sebesar dua pemeluk.


Kayu getah dihantar ke kilang.


Selesai kerja-kerja pembersihan kebun getah.
Parit di tengah kebun juga siap dicuci.
Cadangnya wak nak tanam anak benih sawit pula.