Khamis, 12 November 2026

Pelam Pauh

 Salam bertani

Wak ada menanam sepokok pelam pauh daripada biji benih di tepi pintu pagar rumah. Pokoknya hanya sebesar lengan orang dewasa dan baharu berbuah buat pertama kalinya. Alhamdulillah buahnya sangat lebat, puas kami merasainya. Pn is3 wak setiap hari buat sambal buah pelam muda. Wak cuma makan buah yang masak sahaja. Jom nenguk


Buah pelam pauh yang sudah matang.
Buahnya bersaiz kecil,
 rasanya seakan-akan buah asam kundang.


Inilah perdu pokok pelam pauh di tepi tangga rumah wak.


Buahnya berjuntaian hampir mencecah tanah.


Lebih 20 biji setangkai.


Buah muda sedap dibuat sambal.


Laluan tangga no entry


Hampir matang.


Buah pelam pauh matang jadi pemandangan indah
di tepi tumah.

Salam bertani.

33 ulasan:

  1. Buat mangga asam boi dengan cili api sedap ni...

    BalasPadam
  2. Uish syok ni. Tgh musim mangga/pelam ek. Nanti nak beli la mangga buat jus haha

    BalasPadam
  3. Wah banyak buah dia wak. Berjuntai2 gitu. Sedap ni kalau masak

    BalasPadam
  4. Baru ni ambik kat rumah kakak banyak juga buahnya tapi tinggi pokoknya susah nak kait.

    BalasPadam
  5. Masyaallah.. sedompol sedompol buahnya.. geram nengok aihhh

    BalasPadam
  6. Pelam
    Pauh uishhh sedappp bau dia tu kan
    Zaman kanak2 duk rebut pelam pauh ni kat tepi sawah
    Yg muda wat cicah kalu masak gigit camtu je he heww

    BalasPadam
  7. Sy suka mempelam ini wak...Dulu dkt kg arwah mak & abah mmg tanam =D

    BalasPadam
  8. Pelam pauh ni sama dgn pelam telur ke Wak? Pokok Sy pun baru berbuah sulong tapi tak selebat pokok Wak ni.

    BalasPadam
  9. Pucuk pauh delima batu, pelam pauh hanya mampu tengok. Bila agaknya akan ke temu?

    BalasPadam
  10. Oh, berjuntai-juntai buahnya Wak. Buat sambal, tak merajuk ke pokoknya nanti?

    BalasPadam
  11. alhamdulillah lebat buahnya sedap tu yg muda buat sambal dgn ikan

    BalasPadam
  12. Sampai ke tanah? Tak dapat bayangkan!

    BalasPadam
  13. Ooh mempelam jenis ni, cheq panggil mempelam teloq. Saiz dia lebih kurang macam telur ayam gred A 😄

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah lebat pokoknya. Sambal pelam sedapnya

    BalasPadam
  15. Alhamdulilah...menjadi tanaman wak ya.

    BalasPadam
  16. Lebat buahnya//lumayan wak..alhamdulillah.

    BalasPadam
  17. tengok ni pun dah terliur kesedapan sambal dan kemasamannya tu, buahnya yang muda sedap di buat jeruk tu wak.

    BalasPadam
  18. Kecur liur tengok. Kat sini ada juga, tapi buahnya ada kumbang. Nak dapat makan yang elok tu memang susah.

    BalasPadam
  19. Seronok tengok pokok pelam pauh lebat berbuah macam ni. Kecur liur tgk pelam pauh yg dah masak tu 🤤

    BalasPadam
  20. seronoknya tengok buah pelam pauh Wak tu..SA baru ni merasa la PH bagi sikit buah sulung...

    BalasPadam
  21. ms kecik2 dulu sy cukup suka buah ni
    tp paling menyampah kalau ada ulat
    haihhhh

    BalasPadam
  22. Uissssssh, sedapnya waaaak 😍😍😍😍.ini miriiik lah dengan mangga Toba kalau di sini. Saya tak tahu buah yg sama atau tidak.

    Tapi mangga Toba size juga kecil2, kalah matang kuning Oren kulitnya. Dan bisa langsung dimakan dengan menggigit kulitnya, sebab kulitnya tipis. Sama tak ya?

    BalasPadam
  23. lebatnya buah. mesti sedap ni kalau cicah dengan kuah rojak kicap..

    BalasPadam
  24. Lebatnya..saya suka pelam ni...Kami panggil pelam telur

    BalasPadam
  25. alhamdulillah lebatnya, apa rahsia buah lebat... terliur tengok pelam..

    BalasPadam
  26. pelam ni kalau dah start berbuah sampai tak habis nak makan wak

    BalasPadam
  27. kat kelantan, kami panggil ni nama dia pauh ringan

    BalasPadam
  28. Lebat buahnya, mulut pun rasa masam bila teringat makan masa muda :)

    BalasPadam