Salam bertani
Beberapa hari ni wak sibuk mengangkat pasir untuk dijadikan alas lantai reban ayam. Reban ayam ni wak dah kosongkan beberapa minggu selepas disembur racun serangga dan pembasmi kuman. Wak cadang nak masukkan ayam penelur yang wak pelihara di dalam sangkar pembesaran. Ayam-ayam penelur tu dah berumur hampir tiga bulan. Jom nenguk
Pasir baharu sebagai alas lantai reban.
Pasir diratakan menutupi keseluruhan permukaan lantai.
Ayam penelur dimasukkan ke dalam reban.
Perlu masa dua bulan lagi untuk mula bertelur.
Dua jenis ayam penelur.
Dua ekor sebelah kanan ialah ayam lohman brown.
Seekor yang lebih gelap ialah ayam Rhode Island Red (RIR).
Yang ni ayam penelur RIR yang baharu berusia 6 minggu.
Masih tinggal di sangkar pembesaran berlantai tinggi.
Akan turun ke reban lantai pasir bila berumur 3 bulan.













