Isnin, 29 Jun 2020

MB 134 : Pengat Campur

Salam bertani

 Wak kudapan pengat campur-campur pada petang ini.


Ubi keladi putih
Ubi kayu medan
Buah pisang nipah
Isi nangka madu j33
Biji nangka madu j33 (direbus dulu)
Santan kelapa mataq
Biji sagu/wak panggil telur katak  (beli).

Jemputlah menjamu selera.

Salam bertani.

Ahad, 28 Jun 2020

Membiakkan Tanaman Kantan Merah.

Salam bertani

Asalnya wak hanya tanam sepohon aje pokok kantan merah pemberian benih daripada seorang sahabat. Sehinggalah pokok kantan merah ini berbunga barulah wak terfikir untuk memperbanyakkan tanaman kantan merah ini  kerana bunganya yang sangat digemari dan jarang-jarang terdapat di pasaran.

Semasa HPPNK di JB pada akhir tahu lepas, wak ada ternampak boots yang jual anak benih kantan merah dalam polibeg. Kalau tak silap harganya RM60.00 satu polibeg.  Jadi wak pun cuba biakkan sendiri tanaman pokok kantan merah ni dengan menggunakan keratan rizom berakar daripada pokok induk yang ada. Sekarang wak dah ada lebih kurang 30 perdu anak pokok kantan merah yang sedang membesar. Pokok kantan merah memerlukan masa sekurang-kurangnya 8 bulan untuk berbunga selepas ditanam.



Sekuntum bunga kantan merah yang sedang mekar


Inilah perdu asal (induk) pokok kantan merah di kebun WP
Sentiasa menghasilkan bunga kantan merah.


Perdu kantan merah ini baru belajar berbunga
Dibiakkan daripada pokok kantan induk di atas


Yang ini juga sudah berbunga sulung


Anak pokok kantan merah berumur 3 bulan


Seperdu lagi anak pokok kantan merah


Subur menghijau


Rumput di perdu pokok ini perlu dibersihkan


Baru ditanam daripada sebatang induk dewasa


Rizom yang baru ditanam telah menghasilkan anak pokok


Bunga kantan merah


Hasil tuaian

Salam bertani.

Jumaat, 26 Jun 2020

Anak-anak Di belakang Rumah

Salam bertani.

Ayam-ayam kampung yang wak ternak di belakang rumah banyak berkurangan kerana dikorbankan semasa raya PKP yang lepas. Yang tinggal hanyalah induk-induk betina dan pejantan untuk penghasilan telur ayam dan untuk pembiakbakaan.  Anak-anak ayam kampung yang menetas semasa raya PKP yang lepas sudah berumur sebulan dan sudah berpindah ke reban tanah. Ada juga anak-anak ayam kampung yang baru menetas dan ada sebahagian ibu ayam yang masih mengeram.



10 ekor anak ayam kampung daripada satu induk.
Berumur sebulan setengah.
Menghuni reban berlantai tinggi.


7 ekor daripada induk yang lain.
Berumur satu setengah bulan juga.
Menghuni reban lantai pasir.


Anak-anak ayam kampung ini baru dipindahkan 
ke reban  daripada sangkar didik.
Baru berumur sebulan.



30 ekor daripada 3 induk yang menetas serentak.
Masih kekok memijak tanah.


Baru seminggu menetas.
Dipisahkan daripada ibunya selepas menetas.
Tinggal di sangkar didik dihangatkan oleh
mentol 40W.


Berumur dua minggu.
Masih tinggal di sangkar didik
tetapi tidak perlu mentol lagi.


Yang ini berumur dua bulan.
Sudah dilepaskan bebas pada waktu petang.


Dua induk ayam kampung sedang mengeram
Dijangka menetas dua minggu lagi.

Salam bertani.

Khamis, 25 Jun 2020

Batang Keladi Putih Masak Tumis

Salam bertani.

Hari ini wak menjamu selera tengah hari dengan makan nasi panas bersama sup ayam kampung dan sayur batang keladi tumis. Batang keladi yang paling sesuai dijadikan sayuran ialah keladi putih yang dipanggil keladi minyak kerana ia tiada rasa gatal dan mudah dimasak. Batang keladi minyak dan umbisinya tak perlu direbus, sebaliknya terus ditumis seperti kita menumis sawi atau kangkung. Cuma pastikan kita menumis sehingga batang keladi putih serta umbisinya lembut dan empuk sebelum dihidangkan sebagai juadah yang menyelerakan.


Masakan batang keladi tumis hidangan tengah hari ini.
Selain ditumis, batang keladi enak dimasak asam rebus
atau masak lemak.



Seperdu keladi putih yang dituai.
Induk keladi dan 5 batang anaknya.
Umbisi induk keladi boleh digoreng atau dibuat pengat.
Anak2 keladi boleh dijadikan sayuran.


Batang anak keladi dan umbisinya yang telah disiang.
Kulit di sekeliling batang keladi hendaklah dibuang.
Umbisi keladi dikupas kulitnya dan dipotong kecil.
Siang batang keladi dan umbisinya dalam keadaan kering
(jangan gunakan air). Selepas selesai baru dibersihkan
sebelum dimasak.


Inilah pokok keladi putih yang dipanggil keladi minyak.
Ia tidak mengeluarkan sulur keladi sebaliknya mengeluarkan
rizom keladi di sekeliling umbisi induknya.
Batang keladi  minyak inilah yang paling sesuai dijadikan
 sayuran kerana tidak gatal dan enak rasanya.



Ini juga keladi putih yang dipanggil keladi sulur.
Umbisi dan batangnya boleh juga dijadikan sayuran tetapi
kalau tak tahu mengolahnya akan merasa gatal di tekak.
Batang keladi putih sulur ini perlu direbus dahulu sehingga 
lembut dan ditoskan (airnya dibuang) sebelum dimasak 
untuk mengelakkan rasa gatal tersebut.


Pokok keladi putih sulur mengeluarkan banyak sulur yang
boleh dijadikan sayuran. Sulurnya juga perlu direbus dahulu
sehingga mendidih dan ditoskan sebelum dimasak.

Untuk memasak sayuran batang keladi, pastikan kita memilih batang keladi putih yang dipanggil keladi minyak kerana ia tidak meninggalkan rasa gatal di tekak malah rasanya lembut, enak  dan mudah dimasak.


Salam bertani.

Rabu, 24 Jun 2020

Tanam Terung Panjang Unggu

Salam bertani.

Wak ada menanam beberapa pokok terung di dalam polibeg di tepi halaman rumah sebagai percubaan. Biasanya wak memanan pokok terung di atas batas untuk mendapatkan hasil yang banyak sehingga boleh dijual. Dalam zaman PKP ini, wak hanyak menanam beberapa pokok terung untuk  riadah dan kegunaan sendiri sahaja. Alhamdulillah, nampaknya sudah membuahkan sedikit hasil.


Buah terung panjang unggu.


Tanam pokok terung dalam polibeg
12 pokok semuanya
Sebahagiannya sudah mengeluarkan hasil


Buah muda terung panjang unggu


Baru berputik


Yang ni dah boleh dituai.
Sedap dimasak goreng berlada.

Buah terung panjang unggu kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang diperlukan oleh badan kita. Ia juga dapat mengawal gula dalam darah dan dapat mengawal kadar kalesterol.  Terung panjang unggu juga boleh mengawal berat badan kerana mengandungi kadar kalori yang rendah. Ada banyak lagi manfaat kesihatan daripada terung panjang unggu ini.

Salam bertani.

Isnin, 22 Jun 2020

MB 133 : Kerepek Ubi Rebus

Salam bertani


Kerepek ubi rebus mentah


Kerepek ubi rebus dah siap goreng

Salam bertani.

Ahad, 21 Jun 2020

Tuai Keladi Putih

Salam bertani

Pagi tadi wak menuai serumpun keladi putih yang ditanam di kebun. Pokok keladi putih sudah boleh dituai apabila berumur enam bulan. Umbisi keladi putih sesuai digoreng atau dibuat pengat, manakala keseluruhan batangnya boleh dijadikan sayuran.



Umbisi keladi putih yang baru dituai.


Serumpun keladi putih.
Ibu keladi di kelilingi oleh anak2 keladi.
Keladi putih tidak mengeluarkan sulur.
Anak2 keladi boleh  dipisahkan untuk dijadikan
anak benih atau sayuran batang keladi.


Induk keladi putih sudah matang.


Keladi putih dituai bersama anak2nya.
Keseluruhan batang keladi putih boleh dibuat sayuran.


Setelah dibersihkan.
Beberapa pokok anak keladi putih ditinggalkan
supaya membesar menjadi induk keladi.


Petang ini kudapan keladi putih goreng cicah sambal kicap.
Jemputlah menjamu selera.


Salam bertani.

Jumaat, 19 Jun 2020

Durian Kampung Tangkai Panjang

Salam bertani.

Ada sepohon durian kampung di belakang rumah wak yang berumur lebh 30 tahun mempunyai buah yang bertangkai panjang. Namun ia bukanlah durian klon Siam D158 yang dipanggil Kanyao itu. Cuma pokok ini ditanam daripada biji benih durian Kanyao tersebut.

Pada musim durian kali ini, pokok durian kampung tangkai panjang ini berbuah lebat. Isinya berwarna kekuningan dan rasanya tak kurang hebat berbanding durian D158 itu.



Durian kampung tangkai panjang
Mempunyai tangkai buah yang panjang
Beratnya antara 1.5 - 2.5 kg sebiji


Sebiji buah durian kampung tangkai panjang yang dibuka.
Isinya 1 - 2 ulas sepangsa berwarna kekuningan.


Seulas sepangsa


Seulas juga.


Saiz buah yang sekata 


Rasanya lazat setanding durian klon.


Kucing tidur.


Inilah pokok durian kampung tangkai panjang
yang berbuah lebat kali ini.


Kebanyakan buah durian kampung tangkai panjang ini
sudah berguguran dan musimnya  hampir berakhir.


Salam bertani.