Hari ini wak menjamu selera tengah hari dengan makan nasi panas bersama sup ayam kampung dan sayur batang keladi tumis. Batang keladi yang paling sesuai dijadikan sayuran ialah keladi putih yang dipanggil keladi minyak kerana ia tiada rasa gatal dan mudah dimasak. Batang keladi minyak dan umbisinya tak perlu direbus, sebaliknya terus ditumis seperti kita menumis sawi atau kangkung. Cuma pastikan kita menumis sehingga batang keladi putih serta umbisinya lembut dan empuk sebelum dihidangkan sebagai juadah yang menyelerakan.
Masakan batang keladi tumis hidangan tengah hari ini.
Selain ditumis, batang keladi enak dimasak asam rebus
atau masak lemak.
Seperdu keladi putih yang dituai.
Induk keladi dan 5 batang anaknya.
Umbisi induk keladi boleh digoreng atau dibuat pengat.
Anak2 keladi boleh dijadikan sayuran.
Batang anak keladi dan umbisinya yang telah disiang.
Kulit di sekeliling batang keladi hendaklah dibuang.
Umbisi keladi dikupas kulitnya dan dipotong kecil.
Siang batang keladi dan umbisinya dalam keadaan kering
(jangan gunakan air). Selepas selesai baru dibersihkan
sebelum dimasak.
Inilah pokok keladi putih yang dipanggil keladi minyak.
Ia tidak mengeluarkan sulur keladi sebaliknya mengeluarkan
rizom keladi di sekeliling umbisi induknya.
Batang keladi minyak inilah yang paling sesuai dijadikan
sayuran kerana tidak gatal dan enak rasanya.
Ini juga keladi putih yang dipanggil keladi sulur.
Umbisi dan batangnya boleh juga dijadikan sayuran tetapi
kalau tak tahu mengolahnya akan merasa gatal di tekak.
Batang keladi putih sulur ini perlu direbus dahulu sehingga
lembut dan ditoskan (airnya dibuang) sebelum dimasak
untuk mengelakkan rasa gatal tersebut.
Pokok keladi putih sulur mengeluarkan banyak sulur yang
boleh dijadikan sayuran. Sulurnya juga perlu direbus dahulu
sehingga mendidih dan ditoskan sebelum dimasak.
Salam bertani.
sedap menunya wak :)
BalasPadamshida belum pernah masak sayur keladi ni.
shida dah follow blog wak,
jemput join segmen shida ye wak :)
http://www.duniashida.com/2020/06/segmen-bloglist-2020-blog-shida.html
Tq atas tips masak keladi tu wak :)
BalasPadamwah sedap tu sayur keladi goreng
BalasPadamsedap tu..."
BalasPadamsy x berapa makan keladi tp ubi keladi tu boleh je makan esp masa banjir...
BalasPadamSaya tak kenal jenis 2 keladi,selalu beli yg dh siap dipotong ja
BalasPadamdaun pun dapat di masak kah ?
BalasPadamkami kalau bab batang keladi, memang kami beli yg dah siap masak je kalau nk makan.hehehe.setakat ubi keladi buleh lagi kami masak buat bubur.
BalasPadamlama sangat tak makan sayur batang keladi.PC suka kalau di masak asam rebus.Kali terakhir makan orang masak asam rebus juga gatal tekak berhari-hari.Fobia nak makan lagi bila teringat.
BalasPadamMasa zaman sekolah dulu, roommate selalu bawa asam pedas batang keladi. Mak dia masak. Sedap!
BalasPadammemang sedap sgt
BalasPadamsaya suka
Sedap nih! 😋
BalasPadamsedapnya..tak pernah lg makan keladi tumis mcm ni, selalu asam rebus je..
BalasPadamRindu nak makan sayur keladi!
BalasPadamSaya tak reti nak bezakan mana satu yg gatal, mana yg tak. Bila saya pegi pasar tya, dorg kata tak gatal, tapi saya tetap takut nak beli.
BalasPadamit looks so yummy.
BalasPadamSedap tu keladi
BalasPadamsedap sangat ni wak
BalasPadamAlahaii sedapnyaaa Wak uittt...saya boleh ratah kalau masak sam revus keladi tu..
BalasPadamMaq adalah salah seorg yg tak reti masak sayur keladi..
BalasPadamSaya tak pandai masak sayur keladi dan cara mengendalikannya. Dulu pernah gatal tangan dan ubi bila dimakan gatal juga...
BalasPadamSedapnya.. lama tak makan.. sini jarang jumpa..
BalasPadamSaya suka jugak makan batang keladi ni WP tapi tak sukalah menyiang hihi..... Hari tu balik kg beli keladi, RM8 henggit sekilo...tu dia....tapi bila goreng sedapnya WP lemak, lembut semua ada. Mmg best!
BalasPadamNumpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*