Ayam-ayam kampung yang wak ternak di belakang rumah banyak berkurangan kerana dikorbankan semasa raya PKP yang lepas. Yang tinggal hanyalah induk-induk betina dan pejantan untuk penghasilan telur ayam dan untuk pembiakbakaan. Anak-anak ayam kampung yang menetas semasa raya PKP yang lepas sudah berumur sebulan dan sudah berpindah ke reban tanah. Ada juga anak-anak ayam kampung yang baru menetas dan ada sebahagian ibu ayam yang masih mengeram.
10 ekor anak ayam kampung daripada satu induk.
Berumur sebulan setengah.
Menghuni reban berlantai tinggi.
7 ekor daripada induk yang lain.
Berumur satu setengah bulan juga.
Menghuni reban lantai pasir.
Anak-anak ayam kampung ini baru dipindahkan
ke reban daripada sangkar didik.
Baru berumur sebulan.
30 ekor daripada 3 induk yang menetas serentak.
Masih kekok memijak tanah.
Baru seminggu menetas.
Dipisahkan daripada ibunya selepas menetas.
Tinggal di sangkar didik dihangatkan oleh
mentol 40W.
Berumur dua minggu.
Masih tinggal di sangkar didik
tetapi tidak perlu mentol lagi.
Yang ini berumur dua bulan.
Sudah dilepaskan bebas pada waktu petang.
Dua induk ayam kampung sedang mengeram
Dijangka menetas dua minggu lagi.
Salam bertani.
Banyak ayam kampung wak..meh jual kat saya
BalasPadammenjadi ayam wak pandai menjaganya bersistem
BalasPadamBaguslah wak, bila berilmu buat apa pun dgn cara yg betul, jadi dapatlah hasil yg memuaskan.
BalasPadamDua minggu lagi..makin bertambah banyak la anak2 wak :)
BalasPadamusia 2 minggu pun dah beso ek Wak...kalau dah setahun lagi gemok dia kannn...
BalasPadamBanyak peringkat, byk jenis reban...comel anak ayam baru menetas..
BalasPadamwak ni mesti banyak ke kursus.. pokok jadi. binatang pn padai jaga
BalasPadamRajin betul Wak, membiak sungguh ayam2 nya. Alhamdulillah berkat kerajinan dan usaha gigih..
BalasPadamwahh lumayan ki wak
BalasPadamWah! Lumayan wak!
BalasPadamSemoga suksess selalu wak. Rindu suara anak anak ayam. Lama dah tak dengar
BalasPadamWah seronoknya tengok ada banyak ayam!
BalasPadamTeringat ayam-ayam di kampung nenek suami saya yang diusahakan oleh sepupu suami... kalau ada rezeki dapat beli sebidang tanah, memang saya teringin nak jadi petani @ penternak moden... anyway, semoga WP terus berjaya ya...
BalasPadamAlhamdulillah wak... byk hasilnya ni
BalasPadamSaya teringat semasa kecil, ayah selalu menyembelih ayam-ayam yang dibela di rumah. Sekali sembelih dua ekor. Kami adik beradik excited apabila melihat ayam nak kena sembelih. HAHAH~ selepas itu, mak akan memanaskan air dan ayam-ayam yang dah mati itu di'celup' ke dalam air panas tersebut. Langkah seterusnya, saya akan bantu mak dan ayah cabut bulu-bulu ayam tuh. Mak akan masak ayam tuh buat sup ayam rebus guna dapur arang. Sedapnya MashaALLAH...lain sangat dengan anak-anak sekarang kan? kebanyakannya sudah siap terhidang di atas meja. Pengalaman yang mustahil untuk mereka nikmati pada zaman sekarang.
BalasPadamAlhamdulillah.Comel montel semuanya.Ngeri bila tengok ibu ayam mengeram dan ada ank kecil ni.jangan buat pasal dengan mereka tak cukup tanah nanti nak lari.
BalasPadamteringat dulu selalu kalau pergi pasar mesti bawak balik 2 3 ekor ayam warna warni hehehe.
BalasPadamWah bestnya Wak.. bukan pokok je.. ayam pun pandai jaga! Hebat la!
BalasPadamMakin banyak ayam belaan wak.. Adik Sha pun baru nak mula ternak..
BalasPadamKenapa tak boleh duduk reban tanah je WP anak ayam ni?
BalasPadamKesian anak ayam tak dpt susu ibu hihi
mesti kaki dia rasa geli2 masa mula2 pijak tanah tu..hahahah
BalasPadamDulu masa kecil-kecil, suka sama ayam kampung. Entah napa bila dah besar, jadi tak suka pula rasa ayam kampung.
BalasPadam