Ahad, 22 November 2026

Melantai Reban Ayam

 Salam bertani

Beberapa hari ni wak sibuk mengangkat pasir untuk dijadikan alas lantai reban ayam. Reban ayam   ni wak dah kosongkan beberapa minggu selepas disembur racun serangga dan pembasmi kuman. Wak cadang nak masukkan ayam penelur yang wak pelihara di dalam sangkar pembesaran. Ayam-ayam penelur tu dah berumur hampir tiga bulan. Jom nenguk


Pasir baharu sebagai alas lantai reban.


Pasir diratakan menutupi keseluruhan permukaan lantai.


Ayam penelur dimasukkan ke dalam reban.


Perlu masa dua bulan lagi untuk mula bertelur.


Dua jenis ayam penelur.
Dua ekor sebelah kanan ialah ayam lohman brown.
Seekor yang lebih gelap  ialah ayam Rhode Island Red (RIR).


Yang ni ayam penelur  RIR yang baharu berusia 6 minggu.
Masih tinggal di sangkar pembesaran berlantai tinggi.
Akan turun ke reban lantai pasir bila berumur 3 bulan.



Salam bertani.

25 ulasan:

  1. Ada nama rupanya jenis ayam no. Kita bantai je sebut ayam jantan ayam betina. 😂😂😂

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah lebih selesa ayam² Wak.

    BalasPadam
  3. Moga membesar dengan jayanya dan bertelur banyak la nanti tu ye wak. Dah lama tak membeli telur muda kat pasar tani.

    BalasPadam
  4. Wah...puasa dan raya nanti melimpah telur ...boleh homemade baulu ni

    BalasPadam
  5. Aduhai. Trigt dulu tiap kali kena bg ayam makan mesti takut. Takut kena patuk dgn ayam =D

    BalasPadam
  6. Menarik juga tengok proses melantai reban ayam ni! 🐓 Kerja nampak sederhana, tapi penting untuk kebersihan dan keselesaan ayam. Kalau lantai dibuat elok, urusan mencuci dan menjaga reban pun lebih mudah nanti.

    BalasPadam
  7. wah dah siap melantai selesa kediaman ayam penelur

    BalasPadam
  8. Seronok tgk ayam2 tu wahh bestt kan
    He hee teringat masa arwah ayah bela ayam dulu kita gemar kutip telur pg2 tu
    Excited nmpk telur banyak2

    BalasPadam
  9. Tahniah gigih menternak..saya dah tiada pelihara ayam penelur setelah, selalu di naiki biawak dan ular sawa

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah dah berjaya jadi 'bapa' kepada ayam2. he he he. Jgn marah.!!

    BalasPadam
  11. best betul bila dpt kutip hasil..telur2 ayam tuuuuu...MZ ni ha, beli telur kat kedai ajerrr

    BalasPadam
  12. Kenapa yang masih berusia 6 minggu tinggal atas reban tinggi, yg dah besar sikit dekat reban lantai pasir, Wak? Teringin pulak nak tau hihi

    BalasPadam
  13. lps ni kutip hasil telur tu..best btul

    BalasPadam
  14. baru berusia 6 minggu tapi dah nampak besar ayamnya. macam meriah je telur ayam wak akan dapat nanti.

    BalasPadam
  15. kalau 1st time baru belajar bela ayam ayam apa yg sesuai ya wak?

    BalasPadam
  16. cantik ayam-ayam wak.. nampak sihat

    BalasPadam
  17. lepas ni buleh kutip telur n jual kpd peraih la kan?

    BalasPadam
  18. Kalau ayam petelur papa saya juga ada peternakan ayam telur. Tapi memang telur2nya diutamakan untuk dibeli oleh bakery shops yang papa punya. Baru sisa telur dijual untuk publik. Jadi toko2 roti papa dulu yang dikasih prioritas membeli . Sebab bakery shops memang banyak butuh telur kan

    BalasPadam
  19. Cantik dan sihat semua ayam penelur Wak. Ayam penelur dari baka Leghorn ada tak dalam koleksi Wak?🤓

    BalasPadam
  20. mesti banyak hasil telurnya nanti

    BalasPadam
  21. Lepas 3 bulan dah boleh jadi ayam penelur, ia akan keluarkan telur sehingga umur berapa tahun wak.

    BalasPadam