Sabtu, 31 Ogos 2024

Buah Durian Duri Hitam Sulung

 Salam bertani dan salam kemerdekaan

Wak nak tunjuk hasil tuaian sepokok durian duri hitam yang wak tanam kira-kira lima tahunan yang lalu.


Berbunga buat pertama kalinya pada bulan mei yang lepas.
Bunga sulungnya hanya dua tangkai.


Hanya satu tangkai yang menjadi buah.


Dua biji buah durian duri hitam yang hampir matang.
Sebiji kecil dan sebiji lagi besar.


Buah yang kecil gugur dahulu.


Hanya dua ulas isinya.


Biji kesep.


Buah yang besar gugur sehari selepas itu


Daging buahnya sedang elok sesedap rasa.


Sepangsa tiga ulas.


Sepangsa dua ulas.
Jumlah sebiji tu ada sembilan ulas.


Inilah pokok durian duri hitam bertuah tu.


Sudah berbunga lagi buat kali kedua
untuk panenan bulan disember nanti.
Salam bertani

Rabu, 28 Ogos 2024

WW 567 : Beton Cempedak Godog

 Salam bertani

Jom nenguk santapan wak petang tadi


Salam bertani

Selasa, 27 Ogos 2024

Tambah Cucu

 Salam bertani

Pada pagi ni wak dapat cucu baharu. Si Mon beranak anak betina. Wak terus pasangkan rantai leher. Belum bagi nama lagi. Nak cari nama yang glamer dah tengah viral. Jom nenguk


Beberapa jam selepas lahir ke dunia


Lahir-lahir aje terus cari susu


Inna haza larizquna ma lahu min nafad


Belum daftar nama lagi


Dapat juga si JJ masuk blog WP


Salam bertani

Sabtu, 24 Ogos 2024

Panen Cempedak

 Salam bertani

Dalam satu dua mingguan ini wak sibuk mempanen buah cempedak di dusun WP. Buah cempedak tidak boleh masak di pokok kerana buahnya akan gugur ke tanah dan menjadi rosak. Buah cempedak matang perlu dituai sebelum masak di pokok. Buah yang dituai akan dijemur dan diperam dua tiga hari sebelum masak. Jom lihat hasil panenan cempedak.


Tuaian sepagian


Cempedak oren


7 kg sebiji


Perlu dijemur untuk menghilangkan getah
dan mengurangkan kandungan airnya sebelum diperam


Buah yang bulat sekata begini mempunyai isi yang penuh.


Cempedak durian


Buah cempedak yang baharu dituai mengeluarkan getah
pada kulit dan tangkainya.


Cempedak kampung


Cempedak durian



Selepas dijemur, buah cempedak perlu diperam 2/3 hari
 sebelum masak.


Buah cempedak muda di batang pokok

Salam bertani.

Isnin, 19 Ogos 2024

Buah Duku Johor

 Salam bertani

Hujung minggu lepas wak tuai sedikit buah duku johor di dusun WP sebab ada anak yang pulang ke kampung. Buah duku joohr pada kali ini tidaklah begitu lebat tetapi cukuplah untuk santapan kami sekeluarga dan saudara mara.



Buah duku johor.
Tuaian hari ahad lepas untuk anak yang pulang ke kampung.


Buah duku johor bergugusan pada dahan pokok.


Buah yang sudah matang.
Saiz buahnya tak sekata.


Yang ni baharu nak kuning mencelah.


Buah masih muda.


Ni dah boleh tuai


Tuaian pada pagi tadi untuk cemilah wak dan pn is3.
Buah duku johor yang baharu dituai rasanya kurang manis.
Perlu disimpan sehari dua supaya bertambah manis.


Isi buah duku johor.

Saam bertani.

Rabu, 14 Ogos 2024

WW 566 : Jemur Pakaian

 Salam bertani


Pn is3     : Bapaknye dah jemur pakaian

Wak        : Beres

Pn is3      : Cepatnyer siap

Wak         : Alah kerja senang



Jadilah suami mithali.

Salam bertani


Jumaat, 9 Ogos 2024

Bela Burung Puyuh

 Salam bertani

Wak masih memelihara burung puyuh di belakang rumah bersama-sama ternakan lain termasuk ayam dan itik. Wak bela burung puyuh secara kecil-kecilan untuk sara diri bagi mendapatkan daging dan telurnya. Jom nenguk


Burung puyuh dipelihara menggunakan sangkar kucing.
Setiap sangkar boleh memuatkan 15 ekor burung puyuh.


Wak tetaskan sendiri telur burung puyuh
 menggunakan inkubator.
Telur burung puyuh akan menetas selepas
 18 hari pengeraman.


Anak burung puyuh yang baru menetas berumur sehari.


Anak burung puyuh mula matang selepas
 berumur sebulan setengah.
Burung puyuh betina dan jantan akan diasingkan.


Burung puyuh betina dewasa.
Bulunya berbintik-bintik di bahagian dada.


Burung puyuh jantan dewasa.
Bulunya berjalur-jalur di bahagian dada,
Burung puyuh jantan berkokok.


Burung puyuh betina dewasa akan terus dipelihara
 untuk menghasilkan telur.
Burung puyuh biasanya bertelur pada waktu petang.
Perlu diasingkan daripada puyuh jantan untuk
mengekalkan keadaan tenang di dalam sangkar.


30 ekor burung puyuh betina yang wak pelihara boleh
menghasilkan anggaran 20 biji telur sehari.


Burung puyuh jantan dewasa sedia untuk dituai.
Hanya perlu simpan beberapa ekor sahaja
 untuk tujuan pembiakan.


Daging burung puyuh jantan sedap digoreng berempah
atau celup tepung.

Salam bertani,


Isnin, 5 Ogos 2024

Buah Rambutan Jarum Emas

 Salam bertani

Pagi ini wak pergi kerja di dusun bawa hp. Dapatlah rakam buah rambutan jarum emas  yang dah mula kemerahan. Seminggu dua lagi masak ranumlah.

 Jomlah nenguk


Buah rambutan jarum emas.
Buahnya bersaiz besar dan isi lekang.


Sepokok ni entah berapa lori buahnya.
Satu dahan tu patah kerana terlalu berat.


Pokok yang ini pun tak kurang lebatnya.


Sebahagiannya dah boleh dituai.


Yang ini baru nak merah.


Buahnya sampai ngeletak di atas tanah.


Inna haza larizquna ma lahu min nafad.


Terapi mata dan minda wak di dusun.


Yang ni baru nak menguning.


Salam bertani.