Isnin, 19 Ogos 2024

Buah Duku Johor

 Salam bertani

Hujung minggu lepas wak tuai sedikit buah duku johor di dusun WP sebab ada anak yang pulang ke kampung. Buah duku joohr pada kali ini tidaklah begitu lebat tetapi cukuplah untuk santapan kami sekeluarga dan saudara mara.



Buah duku johor.
Tuaian hari ahad lepas untuk anak yang pulang ke kampung.


Buah duku johor bergugusan pada dahan pokok.


Buah yang sudah matang.
Saiz buahnya tak sekata.


Yang ni baharu nak kuning mencelah.


Buah masih muda.


Ni dah boleh tuai


Tuaian pada pagi tadi untuk cemilah wak dan pn is3.
Buah duku johor yang baharu dituai rasanya kurang manis.
Perlu disimpan sehari dua supaya bertambah manis.


Isi buah duku johor.

Saam bertani.

34 ulasan:

  1. Sedapnya duku.my fav ni๐Ÿคค๐Ÿคค๐Ÿคค

    BalasPadam
  2. Sedapnya terliur tengok. Payah juga nak jumpa orang jual buah ni.

    BalasPadam
  3. Lama tak jumpa buah duku... Selalu org jual dokong. Duku saiznya lebih besar dari dokong kan Wak?

    BalasPadam
  4. Baru tahu ada buah duku Johor, sy tahu buah duku aje. Dulu masak sek rendah, budak2 lelaki suka buat peluru kulit buah duku ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab di pantai timur kalau buah duku lain pula.
      (yang kita panggil duku langsat tu)

      Padam
  5. ada beza ke wak duku johor dengan duku biasa. oh dah musim duku ye. dulu kat area kesang tu kalau musim duku seronok sebab banyak gerai jual buah murah. Lah ni banyak dah pokok kena tebang dah susah nak tenguk buah duku jual murah dan banyak. Mahal dah sekarang

    BalasPadam
  6. Terliur... Berapa lama dah tak makan buah duku ni.. duku pun ada banyak jenis.. tapi mcm biasa la.. duku is duku hahahaa

    BalasPadam
  7. biasa tau buah duku je...ni ada buah duku johor

    BalasPadam
  8. dana suka betul duku johor ni wak, tapi sejak dah duduk selangor ni payah betul nak jumpa. Kalau kebetulan balik kampung ada musim duku baru la merasa...

    BalasPadam
  9. Rumah mak di Pontian ada pokok duku. Tapi tak pastilah tu duku Johor atau apa. Saya cuma tau duku je ๐Ÿ˜„. Dulu banyak buahnya, sekarang dah makin susah berbuah.

    BalasPadam
  10. Kami yang tiada tanah ini biasanya beli saja di kedai...tak puas makan seperti tanam sendiri

    BalasPadam
  11. sedap duku johor pernah rasa masa ke kota tinggi lama dulu

    BalasPadam
  12. Selalu keliru antara duku, langsat, duku langsat & dokong.

    BalasPadam
  13. musim buah kan wak, alhamdulillah rezeki anak-anak balik kampung :)

    BalasPadam
  14. Dukunya besar-besar dan lebat buahnya Wak...kalo saya tetangga dekat Wak, saya pasti main ke sana Wak ๐Ÿ˜

    BalasPadam
  15. Alhamdulilah boleh berkongsi rezeki lagi.

    BalasPadam
  16. sedap tu. di Kelantan pun baru nak mula musim duku. Harga masih rm5 sekilo. Tunggulah sampai rm3/kg baru nak beli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duku yang di pantai timur tu kami panggil duku terenggangu atau duku langsat

      Padam
  17. oh saya baru tahu kena biar dulu baru manis. ilmu baru ni wak

    BalasPadam
  18. kulit dia nampak x teballah wak๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam
  19. Lebat berbuah .. boleh petik fresh² dari dusun ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Musim buah duku lali ini tak banyak
      Wak pun tak jual, hanya untuk makan2 keluarga aje

      Padam
  20. Sedapnya buah duku. Bertahun lamanya tak makan dulu sejak dokong bermaharajalela. Dulu ada sepokok di rumah Segamat tapi dah ditebang.

    BalasPadam
  21. Oooo...kalau nak rasa manis kena biarkan dulu 2-3 hari.

    BalasPadam