Jumaat, 9 Ogos 2024

Bela Burung Puyuh

 Salam bertani

Wak masih memelihara burung puyuh di belakang rumah bersama-sama ternakan lain termasuk ayam dan itik. Wak bela burung puyuh secara kecil-kecilan untuk sara diri bagi mendapatkan daging dan telurnya. Jom nenguk


Burung puyuh dipelihara menggunakan sangkar kucing.
Setiap sangkar boleh memuatkan 15 ekor burung puyuh.


Wak tetaskan sendiri telur burung puyuh
 menggunakan inkubator.
Telur burung puyuh akan menetas selepas
 18 hari pengeraman.


Anak burung puyuh yang baru menetas berumur sehari.


Anak burung puyuh mula matang selepas
 berumur sebulan setengah.
Burung puyuh betina dan jantan akan diasingkan.


Burung puyuh betina dewasa.
Bulunya berbintik-bintik di bahagian dada.


Burung puyuh jantan dewasa.
Bulunya berjalur-jalur di bahagian dada,
Burung puyuh jantan berkokok.


Burung puyuh betina dewasa akan terus dipelihara
 untuk menghasilkan telur.
Burung puyuh biasanya bertelur pada waktu petang.
Perlu diasingkan daripada puyuh jantan untuk
mengekalkan keadaan tenang di dalam sangkar.


30 ekor burung puyuh betina yang wak pelihara boleh
menghasilkan anggaran 20 biji telur sehari.


Burung puyuh jantan dewasa sedia untuk dituai.
Hanya perlu simpan beberapa ekor sahaja
 untuk tujuan pembiakan.


Daging burung puyuh jantan sedap digoreng berempah
atau celup tepung.

Salam bertani,


34 ulasan:

  1. Alahai comelnya.... (Yang hidup)

    BalasPadam
  2. lady teringin nak bela burung ni.. tp bimbang waktu lady keluar dua tiga hari sape nk bg makan awang2 kecik ni.. ke ade caranya wak?

    BalasPadam
  3. suka telur puyuh buat sambal. daging nya buat goreng pun sedap sgt2.

    BalasPadam
  4. Kita baru tau mcm mana nak bezakan jantan betina πŸ˜‚. Mekaseh wak!
    Dekat kampung Syu ada 5 ekor mak bela. Kuat makan pulak tu πŸ˜….

    BalasPadam
  5. Dua2 sedap ie telur dan daging puyuh tuuu🀀🀀🀀

    BalasPadam
  6. wah dah siap siang puyuh nk masak apa tu

    BalasPadam
  7. harga daging burung puyuh ni boleh tahan juga

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah ... rezeki πŸ‘

    BalasPadam
  9. sy suka makan nasi lemak lauk puyuh goreng. Sedap!

    BalasPadam
  10. LZ pernah tengok siaran pertanian di RTM, tagline dia "Pertanian adalah Perniagaan".. selain makan sendiri boleh juga menghasilkan sumber pendapatan.. terbaiklah pakcik WP..

    BalasPadam
  11. Baca informasi berguna yang saya dapat baca lepas perkongsian wak....saya juga pernah makan daging burung puyuh dan cuma burung merpati jer belum pernah makan

    BalasPadam
  12. Saya belum pernah makan daging burung puyuh tapi telur burung puyuh ni memang kesukaan saya & anak no. 2 πŸ˜… rebus macam tu je atau buat sambal telur puyuh pun sedap.

    BalasPadam
  13. sedapnya puyuh goreng berempah... telor puyuh pun sedap... best la wak nk mkn semua ada kt belakang rumah

    BalasPadam
  14. Best nyer... Nak beli dua pasang dari wak ... Puyuh goreng kunyit mmg sedap...

    BalasPadam
  15. Anak² Sy suka makan sambal telur puyuh :D
    Dulu arwah ayah Sy tahan perangkap utk tangkap burung puyuh liar di hutan belakang rumah. Berhasillah juga.

    BalasPadam
  16. Twk rugi ringan tulang. Semuanya berhasil..alhamdulillah syabas wak..

    BalasPadam
  17. Terliur pulak tengok burung puyuh yang dah dituai tu, wak.

    BalasPadam
  18. waduh wak akeh nya.... seronok nya mengutip telur puyuh tu

    BalasPadam
  19. Wah, banyaknya telur burung puyuhnya Wak! Suami Tini pun camnilah, suka bela burung, cuma sekarang ni bela lovebird. Haritu katanya nak bela burung puyuh pulak. Hehehehe.

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah, banyak hasil nya Wak. Suka telur burung puyuh.

    BalasPadam
  21. wah wak boleh ye buh dalam sangkar kucing, boleh kut saya bela juga untuk telur hehe :)

    BalasPadam
  22. Baru tahu beza puyuh jantan dan betina.

    BalasPadam
  23. Serba tahu wak. Hebat! Lumayan hasil telurnya wak. Sedap burung puyuh goreng kunyit. Telur dia buat sambal. Perghhh…

    BalasPadam
  24. Banyak juga telur dia dalam sehari. Tak pernah makan burung puyuh. sedap wak daging dia.

    BalasPadam
  25. Puyuh jantan berkokok rupanya, ingatkan ayam jantan ja yang berkokok selama ni πŸ˜…πŸ˜†

    BalasPadam
  26. Alhamdulilah. Kat UPM pun ada bela burung puyuh. Pernah tengok burung puyuh dalam pameran pertanian di UPM. Ye lah burung puyuh yg bising sikit tu jantan.

    BalasPadam
  27. Baru tahu bentuk burung puyuh ini semasa hidup. Biasanya hanya makan telurnya saja πŸ˜…. Gemuk2 butuh puyuh Wak yaaa. Saya jadi dpt ilmu baru cara bedakan puyuh jantan dan betina πŸ‘

    BalasPadam
  28. Bestnya..x sabar nak pindah umah..nak bela puyuh sikit aje..hehe

    BalasPadam
  29. Besar- besar ye wak..sedap ni buat goreng..masak lemak cili api pun sodap...

    BalasPadam
  30. Puyuh jantan berkokok.. gamaknya camne lah suara dia tu. Badan kecik mungkin suara tak sekuat ayam biasa berkokok.

    BalasPadam
  31. Comel² anak burung puyuh yg baru sehari menetas tu

    BalasPadam