Salam bertani
Budak-budak hitam yang wak ternak di belakang rumah sudah berumur dua setengah bulan. Alhamdulillah, semuanya membesar dengan sihat bersama-sama rakannya yang lain. Budak-budak hitam ini adalah baka ayam kampung kacuk (AKK) yang cepat membesar berbanding ayam kampung asli (AKA). Berat hidup seekor sudah menghampiri 2 kg dan sudah boleh dituai.
Ada 4 ekor jantan dan 6 ekor betina semuanya. Yang jantan bolehlah dijadikan lauk dan yang betina wak nak jadikan ayam penelur yang menghasilkan telur ayam kampung. Ayam betina AKK tidak mengeram.
10 budak hitam sudah besar dan boleh dituai
Beli 10 budak hitam pada 21.11.2020
Budah hitam berumur 20 hari pada 09.12.2020
Menginap di sangkar lantai tinggi.
Berpindah ke reban lantai pasir pada 20.01.2021
Berumur dua bulan.
Sepasang budak hitam
Yang jantan pialnya besar (belakang)
Budak hitam yang tak hitam.
Gambar dalam kotak yang penjuru sebelah
kanan sekali.
Salam bertani
bila besar dah tak hitam..
BalasPadamRASANYA TAHUN BARU CINA NI SIBUDAK HITAM TINGGALKAN REBANNYA
BalasPadamTeringat lagu sepuluh budak hitam :)
BalasPadamOwh, baru tahu ayam kacuk tidak mengeram. Patutlah ayam baka AKK yang mak saya pernah bela dulu, memang hasilkan banyak telur tapi tidak dieramnya. Maka kami makan la. Banyak ilmu agro kat sini. Tq info
BalasPadamSepuluh budak hitam,
BalasPadambaru tumbuh ekor!
wah tetiba cepat plak tgk dah membesar ya...
BalasPadamNanti bila suami dah pencen, saya pun nak balik kampung, bela ayam macam wak. Tak yah beli telur dah. Hehe.
BalasPadamComel pulak budak hitam dalam kotak tu.
BalasPadamHaha rasa nak nyanyi lagu sepuluh budak hitam
BalasPadamBudak hitam yg sedap dibuat rendang Tu WP 🤗
BalasPadamterus nyanyi lagu 10 budak hitam tu haah
BalasPadamSukanya tengok anak2 ayam tu
BalasPadamhah cuya ada dua ekor je ayam...hehe
BalasPadamSedapnya ayam kampung..teringat masa duk PD dulu abah ada bela ayam..sekarang dah duk taman susah la nak bela ayam
BalasPadamTerhibur saya tengok perkembangan tumbesaran 10 budak hitam :)
BalasPadamWahh cepatnya membesar!! Dah nak jadi lauk juga!
BalasPadamBaru tau ayam kampung kacuk tak mengeram.
Terselit pula satu yang tak hitam. Cepat membesar ayam, untung bela ayam gitu.
BalasPadameh comel pulak dia tak jadi hitam ek...macam omputih celup..haha
BalasPadamwahhh dah besar semuanya..wak!
BalasPadamKemain handsome budak-budak hitam tu wak..
BalasPadamAssalamualaikum 10 budak hitam!
BalasPadamNak sekor budak boleh?? Hihi... Yang last tu je half pulak hitamnya... Haha.. Mesti dorang bahagia je tinggal situ.. dapat tuan macam wak... Kan....