Salam bertani
Baru-baru ini, wak terpaksa menamatkan riwayat sepohon cempedak yang wak tanam kira-kira 40 tahun yang lalu. Pokok cempedak ini sudah terlalu besar dan tinggi sehingga menyukarkan wak untuk menguruskan hasilnya. Apatah lagi beberapa dahannya telah sekah kerana terlalu berat. Semasa hayatnya pokok cempedak ini banyak berjasa kerana rajin membuahkan hasil yang berkualiti.
Khidmat baktinya telah berakhir dan akan disambung oleh tanaman lain yang menggantikannya.
Pengakhiran hayat sepohon cempedak tua.
Struktur batangnya sudah rosak kerana beberapa
dahan besarnya sudah sekah.
Diunggun menggunakan ranting dan dahannya
sendiri yang sekah
Selesai pembakaran
Jenazahnya akan dibiarkan mereput dan gugur
sedikit demi sedikit.
Hasil sepohon cempedak ini semasa zaman
kegemilangannya.
Penggantinya sudah bersedia menyambung legasi.
Anak durian musang king ini sudah berumur dua tahun
dan akan cepat membesar kerana pesaingnya
sudah bersedia untuk berundur.
Salam bertani.
wauu buang yang lama, pengganti bukan calang-calang tu. musang king. bestnyyaaa
BalasPadamHarap2 cepat membesar pokok durian MK tu
PadamWah... dah le cempedak mahal skrg ni...
BalasPadamPasni tanam yg baru ke WAK?
Dah ada penggantinya pokok durian MK tu
Padamberapa lama musang king tu mengeluarkan hasil Wak? teringin juga menanam musang king
BalasPadampaling awal pun 6 tahun
PadamByk btul hasil tnaman nya slma ni kan wak
BalasPadamBanyak jasanya pokok cempedak tu
PadamTapi masanya sudah sampai untuk dia mengundur diri
By the way sha dah tukar domain baru..nnt mnta tlg add/edit ya dari www.opzzpinky.my --> www.opzzpinky.com tq
BalasPadamBanyak hasil cempedak yang dikeluarkan.
BalasPadamKesian plak tengok perdunya dibakar camtu, mcm sakit je wak. Kenapa tak dipotong dengan gergaji besar tu wak?
BalasPadamPokok cempedak tu tak boleh ditenang kerana akan menghempap beberapa pokok lain yang berhampuran dengannya
PadamTerima kasih sepanjang berkhidmat. Yang baru menyambung tugas.
BalasPadamBegitulah lumrah kehidupan
Padamhahahah jenazahhhh .. lucu wak
BalasPadamLama dia berkhidmat 40 tahun sure berikut buah dah dia keluarkan. Sungguh berjasa
BalasPadamSedih pula pengakhirannya....biasanya kalau kulit pokokdibuang keliling batang kat bwh cpt saja pokok tu mati.
BalasPadamKalau buang kulit agak lambat nak mati.
Padambanyak jasa arwah tu...:)
BalasPadamKita pun kena hidup berjasa sebelum mati.
Padammak aii...banyak betul buahnya... puas makan ...
BalasPadamDulu masa wak muda2, wak masih larat memanjat dan membungkus buahnya.
PadamSayu pula tengok pokok tu dibakar :(
BalasPadamsayangnya
BalasPadamSaya macam terdengar pantun lama yang mungkin sesuai untuk pokok cempedak tu melafazkannya.. Hihihi
BalasPadam"Ada kain buangkan baju,
Ada yang lain buangkan aku.."
Tu pantun merajuk
PadamPantun yang sebenarnya begini:
"Ada kain jadukan baldu
Ada yang lain jadikan madu"
kesiannya pokok cempedak tu.
BalasPadamMasanya sudah sampai
PadamLamanya dia menabur budi :)
BalasPadamTamat sudah khidmatnya....
BalasPadamDibesarakan secara paksa
Padammoga diganti dengan yang lebih baik,lama dah menabur budi,40 tahun tu WP =)
BalasPadamASsalamualaikum wak. sedih pulak baca. Tapi begitulah kehidupan, kan wak. Tengok hasil zaman kegemilanganya tu... penuh kenangan manis tu wak. Tapi anak musang king pasti akan sama memberi kebahagiaan bila tiba waktunya...
BalasPadamSenang tanam durian, tak payah tuai buahnya gugur sendiri.
BalasPadamBuah cempedak kena balut, kena buat penjarangan, kalau tinggi sangat susah nak urus.
Salam takziah.
BalasPadamSayu rasa hati mengenang jasanya selama ini.
Selamat pergi pokok cempedak yang banyak budi.
Babai pokok cempedak, yang usianya hampir sama dengan usia saya. Banyaknya buah dia dah keluarkan.
BalasPadamBanyak dah hasil dan jasanya
BalasPadamPenggantinya hebat..
BalasPadamDurian Musang king..
Nanti jemput saya bila berbuah ye WP 🤗
Huish pengganti dia Musang king...
BalasPadamWah banyaknya hasil cempedak!!!
BalasPadamFuyoo pengganti dia.,. Musang king!! Dahsyat la!!!
Banyak hasilnya. Apa nak buat, terpaksa berundur bagi laluan pokok lain.
BalasPadambanyak juga hasilnya semasa zaman kegemilangan...alhamdulillah..
BalasPadamsedih sebentar sementara tgu yg lebih menarik dan tertarik wak..hehee
BalasPadamoh mcm ni rupanya cara lupuskan pokok ya.... lama berjasa pokoknya, indahnya cara wak menulis.. buat kita terfikir besarnya ciptaan Allah..
BalasPadamSampai sudah hujung hayatnya ya wak..
BalasPadam