Khamis, 30 Januari 2020

Cuti Ngebon

Salam bertani.

Semalam petang hujan turun dengan lebatnya sehinggalah ada kawasan yang dilanda banjir kilat di JDT ini. Jadi hari ini wak cutilah daripada kerja berkebun. Cuma kerja-kerja rutin seharian tu kena buatlah juga seperti memberi makan ayam dan menjaga ternakan lembu.

Pagi ini wak jalan-jalan saja keliling rumah dan kawasan dusun sambil bawa hp cap ayam untuk merakan beberapa gambar untuk dimuatkan dalam blog bersawang ni. Mula-mula ni wak tunjukkan dulu sebahagian daripada gambar-gambar tanaman di sekeliling rumah.


Orkid kampungan di sudut halaman


Bunga pagoda di tapak semaian


Pokok pisang tanduk di pintu dapur dah berbuah


Sepohon bunga kertas di hadapan rumah


Nanas sarawak ni dah boleh tuai


Anak kuini di luar pagar sudah berbunga


Bunga sulung pokok kuini di atas


Pokok abiu sebaya dengan pokok kuini tetapi belum berbunga


Dah puas makan buah betik kat pintu dapur ni


Tunggu buah limau bali sunkist ni masak



Walaupun kecil, buahnya lebih 10 biji


Pokok belimbing buluh dekat beranda dapur.
Berjujuk buah-buahnya


Buah kelapa mataq tak habis makan


Keledek sayur tepi tembuk


Cuaca panas pagi ni
Dua pokok durian tembaga di belakang rumah tu
baru menghabiskan buahnya.


Pokok remayung panjat pagar.
Tempayan antik tu dari Wuhan.


Pokok kesum di bawah ampaian


Pegaga kampung  tumbuh sendiri


Tuaian dusun pagi ini.

Salam bertani.

28 ulasan:

  1. wahh banyak nya pokok...pelbagai pokok ada..pegaga pun ada ya..best makan pegaga tu

    BalasPadam
  2. semuanya dh boleh dipetik hasilnya wak...seronoknya berkebun..

    BalasPadam
  3. Berehat berkebun ambil angin pula tengok pokok-pokok. Luas tanah ya.

    BalasPadam
  4. Huyooo... hebat tu, banyak pohon-pohon kat sekeliling rumah tu...

    BalasPadam
  5. wah..meriahnya hasil tanaman. seronok.
    teringat pokok bunga dalam kotak..harap2 hidup la

    BalasPadam
  6. Bestnya wak... macam-macam tanaman tepi rumah wak...
    dana baru tahu nama bunga tu, bunga pagoda, kat kampung ada pokok tu bila tanya mak apa namanya.. mak kata entah, mak tanam je orang kasi...

    musim hujan paling best semua tanaman jadi seger dan subur ye wak

    BalasPadam
  7. Bestny wak.. sernk layan pokok2..tmbah kalau die elok tumbuh..

    BalasPadam
  8. merimbun pokok pegaga & daun kesum...layan tengok pokok2..terapi minda..ada gak produk dari Wuhan..hehe..

    BalasPadam
  9. Seronoknya la hai ada tanah boleh bercucuk tanam. huhu.. Jemput join my segment http://www.aimisyahirah.com/2020/01/segmen-bloglisted-2020-by-misya.html
    Hari ni last date penyertaan! :)

    BalasPadam
  10. mcm2 ada di umah wak. rasanya x perlu ke pasar lg sbb semua sayur n buah siap tersedia..

    BalasPadam
  11. gembira bila tgk hasil kebun menjadi :)

    BalasPadam
  12. Pisang tanduk tu nanti boleh buat kerepek Wak..aduh si nanas..

    BalasPadam
  13. Cantik betul pemandangan! heee teringin pulak nak bercucuk tanam jugak! =)

    BalasPadam
  14. Memang seronok berkbun ni...Atuk dah mengalami..lebih-lebih lagi bila sudah membuahkan hasil.

    BalasPadam
  15. Kepuasan berkebun ketika menuai hasilnya.

    BalasPadam
  16. tengok tanaman semua menjadi, mesti tangan sejuk WP ni kann..:)

    BalasPadam
  17. bahahahaha tempayan antik tu jaga2 ekk...takut ada coronavirus..dah lap dengan antabax belum?

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah, semuanya menjadi tu..

    BalasPadam
  19. umahe kangji nangdi? aku arep mampir ndiluk iso rak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Monggo mampir wak laler.
      tapi umah kampungan wae
      Area Simpang Ranggem

      Padam
  20. Seronok betul tengok semua tanaman wak dan jugak hasilnya....

    BalasPadam
  21. Meriahnya hasil tanaman WP.
    Alhamdulillah seronok tengok gambar-gambar tu semua.
    BUnga pagoda baharu tahu ni

    BalasPadam
  22. Cantiknya bunga pagida. Tapi gambar last mmg x menahan la mama... Craving dah ni

    BalasPadam
  23. Sukanya tengok semua tanaman kat rumah wak. Seronok betul ada tanah luas. rumah orkid tu kalau mak ni mesti suka dapat camtu.

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah.. Meriah tanaman wak..

    BalasPadam