Hari ini wak menurunkan 30 ekor anak ayam yang berumur dua bulan daripada sangkar didik ke dalam reban. Anak-anak ayam tersebut akan dikurung di dalam reban berpasir selama seminggu sebelum dilepaskan bebas pada waktu siang.
Anak-anak ayam ini adalah anak ayam kampung kacuk daripada pejantan ayam siam dan induk ayam gajah. Induk ayam gajah tidak mengeram, jadi wak gunakan induk ayam kampung asli untuk mengeram. Anak-anak ayam kampung kacuk ini lebih cepat membesar dan saiznya lebih besar daripada ayam kampung asli apabila dewasa. Ayam kampung kacuk ini boleh dituai apabila mencapai umur empat bulan.
Hari pertama anak-anak ayam menjejakkan kaki ke tanah.
Akan dikurung selama seminggu sebelum boleh dilepas
bebas pada waktu siang.
Makanan dan air minuman disediakan di dalam reban.
Reban berpasir untuk anak ayam belajar mengais.
Anak-anak ayam semasa di dalam sangkar didik.
Sangkar didik berlantai tinggi dan najis ayam akan jatuh ke bawah.
Anak-anak ayam tinggal di sangkar didik daridapa umur dua
minggu sehinggalah dua bulan sebelum dilepaskan ke reban berpasir.
Induk ayam kampung akan memelihara anak-anak angkatnya
daripada menetas sehinggalah berumur dua minggu, sebelum dipisahkan.
Inilah salah seekor induk ayam gajah.
Ayam ini bersaiz besar tetapi tidak tahu mengeram.
Pejantan ayam kampung siam dan induk ayam gajah
menghasilkan anak ayam kampung kacuk.
meriahnya mereka...
BalasPadamwahh banyaknyaa ayam
BalasPadamkonfius ayam tu...dia ayam ke gajah...hahahaha
BalasPadamAlhamdulillah ada ayam kpg kacukan, dapatlah mkn ayam kpg byk isi..kalau x cekeding je, tulang je lebih..dahlah harga mahal..hihi..
BalasPadamBukan ke dulu wak ada beli mesin utk penetas telur2 ayam...mesti induk ayam gajah tak pedulikan anak2 dia..
BalasPadamoo..ada training kais2 pasir..ingatkan mereka tiru ayam2 dewasa..
Alat inkubator tu jarang2 wak gunakan.
PadamGuna cara semula jadi juga senang.
Ada mak angkat pula. Nasib baik mak angkat sudi eramkan telur.
BalasPadamComel anak ayam tu..bertuah bertani menternak ayam DLL..rezeki yang berganda2..
BalasPadamseronoknye dapat bela anak ayam.. meriah jugak cara didikan ayam2 ni..
BalasPadamComel anak2 ayam ketika masih kecil..
BalasPadamAlaaa comelnyaaa anak ayam jejak tanah ek Wak...
BalasPadamsubur dan sehat ayam2 wak WP..
BalasPadamAlhamdulillah.Moga terus sihat dan membesar hingga tempoh matangnya..aamiin.
BalasPadamNampak sehat2 belaka ayam2 awak..
BalasPadamanak ayam banyak ni kadang2 bingit bunyinya!
BalasPadamAnak2 ayamni tak berapa berbunyi uncle
PadamYang bingit tu induk ayam, bertelur sebiji riuh sereban.
Banyak jenis ayamnya pun. Yang kita tau ayam betina dan ayam jantan je hehe
BalasPadamayam pun boleh kacuk2 jugak ya wakkk.
BalasPadamayam kampung sedap buat gulai wakk. hehehe
Seronoknya kalau dapat bela ayam tapi tu la duduk rumah taman kan..susah nak membela
BalasPadamSekejap je dah beso
BalasPadamBanyak ayam belaan wak. begitu rupanya cara nak bela ayam.Sihat sihat semuanya
BalasPadamwak memang makan daging ayam kampung dan telurnya.
PadamDah tak pernah beli ayam bandar dan telur.
cepat juga masa tuk tuai... 4 bulan jer..
BalasPadamDulu.. Siap main kejar-kejar dengan anak ayam yang ada. Sudahnya kena kejar balik dengan ibu ayam.. Hahaha..
BalasPadamBest dapat makan ayam belaan sendiri..
BalasPadam