Selasa, 31 Disember 2019

Isnin, 30 Disember 2019

Rabu, 25 Disember 2019

WW 158 : Entri Dulu-dulu

Salam bertani

Tajuk Entri : Pasar Tani
Tarikh :  08 Januari 2016




Jantung pisang nipah


Bunga kantan


Pucuk manis



Nangka muda


Pucuk turi


Serai kampung


Buah ubi badak


Pucuk ulam raja


Kangkung kampung


Rebung buluh


kelapa biji


Daun dan bunga kunyit


Pucuk tenggek burung


Pucuk puding semangkuk


Pucuk serai kayu

Isnin, 23 Disember 2019

MB 116 : 'Durian Oh Durian'

Salam bertani

Wak bukan nak buat rewiew cerekarama 'Durian Oh Durian' yang disiarkan oleh TW3 baru-baru ini (wak tak tonton pun). Wak nak tulis pasal pokok-pokok durian wak yang terkena musibah banjir. Banjir kali ini agak besarlah juga sehinggakan sedikit kawasan dusun wak digenangi air selama beberapa hari. Ini disebabkan oleh pelepasan air empangan tasik hingga air sungai melimpah memasuki kawasan kebun. Mujurlah hanya beberapa pokok durian di dusun wak yang terjejas.



Anak durian duri hitam berumur 3 tahun yang digenangi
air banjir baru-baru ini.


Keadaan pokok durian tersebut selepas air kering.
Mungkin tak dapat diselamatkan.


Anak durian musang king berumur tiga tahun  juga menjadi mangsa.


Juga menjadi korban
Musang king 3 tahun.


Harap2 anak durian musang king ini masih bernyawa


Pokok durian duri hitan ini juga terjejas.


Anak durian duri hitam berumur setahun kekeringan
Harga benih saja dah RM100



Anak benih durian udang merah berumur setahun.
Harga benih RM70.


Pengubat duka.
Akan gugur awal tahun depan.

Salam bertani.

Khamis, 19 Disember 2019

Musibah Banjir

Salam bertani.

Hari ini wak jalan-jalan ronda kampung melihat kawasan persekiran banjir. Banjir sudah mulai surut dan beberapa jalan kampung yang digenangi air sudah boleh dilalui. Perkampungan wak ini adalah kawasan berbukit yang di kelilingi persekiratan tanah rendah iaitu lembangan sungai dan kawasan paya gambut.

Ada satu tasik buatan dan empangan  di hulu kampung yang membekalkan sumber air paip kepada penduduk . Apabila hujan berlarutan  air tasik akan dilepaskan menyebabkan kawasan-kawasan rendah tersebut ditenggelami air. Walau pun hujan sudah tidak turun beberapa hari, air sungai masih penuh (empangan dibuka) dan mangsa banjir di PPB masih ramai.

Bila banjir, penduduk kampung yang bergantung harap kepada usaha-usaha pertanian akan menanggung kerugian yang bukan kepalang.


Jalan kampung yang tidak boleh dilalui tersekat banjir


Rumah penduduk kampung yang digenangi air. 


Sebahagian anak nanas MD2 yang dapat diselamatkan


Kawasan kebun nanas MD2
Sebahagian pokok nanas tidak kelihatan ditenggelami air.


Kebun sayur kelihatan seperti tasik


Tananaman nanas yang sedang berbuah dipenuhi air


Kalau sebiji RM2/3.00, berapa  kerugiannya


Tanaman ubi kayu paling cepat musnah terkena banjir


Pokok ubi kayu kelihatan layu dan hasilnya tidak boleh digunakan


Tanaman ubi kayu yang baru ditanam.
Pokok ubi kayu ini akan mati kelemasan.


Kebun kelapa sawit penduduk.
Air termenung ini akan bertahan agak lama.


Kebun getah.
Salam bertani.

Rabu, 18 Disember 2019