Khamis, 19 Disember 2019

Musibah Banjir

Salam bertani.

Hari ini wak jalan-jalan ronda kampung melihat kawasan persekiran banjir. Banjir sudah mulai surut dan beberapa jalan kampung yang digenangi air sudah boleh dilalui. Perkampungan wak ini adalah kawasan berbukit yang di kelilingi persekiratan tanah rendah iaitu lembangan sungai dan kawasan paya gambut.

Ada satu tasik buatan dan empangan  di hulu kampung yang membekalkan sumber air paip kepada penduduk . Apabila hujan berlarutan  air tasik akan dilepaskan menyebabkan kawasan-kawasan rendah tersebut ditenggelami air. Walau pun hujan sudah tidak turun beberapa hari, air sungai masih penuh (empangan dibuka) dan mangsa banjir di PPB masih ramai.

Bila banjir, penduduk kampung yang bergantung harap kepada usaha-usaha pertanian akan menanggung kerugian yang bukan kepalang.


Jalan kampung yang tidak boleh dilalui tersekat banjir


Rumah penduduk kampung yang digenangi air. 


Sebahagian anak nanas MD2 yang dapat diselamatkan


Kawasan kebun nanas MD2
Sebahagian pokok nanas tidak kelihatan ditenggelami air.


Kebun sayur kelihatan seperti tasik


Tananaman nanas yang sedang berbuah dipenuhi air


Kalau sebiji RM2/3.00, berapa  kerugiannya


Tanaman ubi kayu paling cepat musnah terkena banjir


Pokok ubi kayu kelihatan layu dan hasilnya tidak boleh digunakan


Tanaman ubi kayu yang baru ditanam.
Pokok ubi kayu ini akan mati kelemasan.


Kebun kelapa sawit penduduk.
Air termenung ini akan bertahan agak lama.


Kebun getah.
Salam bertani.

33 ulasan:

  1. semoga dipermudahkan semuanya,meski nampak musibah ini menyedihkan bagi ramai orang, tapi ingatlah,tiada satu pun kejadian yang diciptaNya itu hanya sia-sia buat kita, pasti ada hikmah..

    BalasPadam
  2. setiap kali hujan lebat turun x berhenti2 hati ini pasti gusar akan kemungkinan banjir melanda.

    BalasPadam
  3. Moga segera surut.Kembali mudah beraktiviti.

    BalasPadam
  4. Simpati saya pada mangsa banjir dan kerugian yang dialami...moga tabah menerima dugaan...

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  6. Allahu, semoga dipermudahkan segala urusan. aamiin

    BalasPadam
  7. Allah..semoga kejadian banjir ini tidak berpanjangan..sayangnya kalau semua musnah

    BalasPadam
  8. Ubi kayu yg ditenggelami air mcm tu takkan empuk,kan...walau direbus selama mana pun..tp yg mcm tu yg paling saya suka mkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sembahyang jumaat semalam, berkarung2 ubi kayu orang letak kat masjid.

      Padam
  9. semoga dipermudahkanNya jua buat semua yang sedang di uji dengan musibah banjir..aamiin

    BalasPadam
  10. Asalamualaikum..banyakkan bersabar ya, tak apa akan Allah gantikan kepada yang lebih baik,,yakinlah pada Allah

    BalasPadam
  11. inilah masa ubi dibuat tiwol ngn gaplek wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tenan kang.
      Ubi banjir only boleh dibuat tiwol karo gapleck wae

      Padam
  12. mudah2an selepas banjir rezeki para petani bertambah2 hendaknya...tanaman semakin subur n menghasilkan tuaian yg lumayan

    BalasPadam
  13. semua dipermudahkan urusannya. dan semoga banjir reda dgn segera.

    BalasPadam
  14. Semoga akan digantikan dgn yg lebih baik oleh Allah swt

    BalasPadam
  15. mugo2 dipermudahkan.. aminn

    ps. wak kan pokok durene akeh

    BalasPadam
  16. Semoga semuanya dipermudahkan & digantikan dengan yang lebih baik...

    BalasPadam
  17. Sedih tengok hasil tanaman digenangi air. Dugaan seorang petani. Moga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Aaminn...

    BalasPadam
  18. Allah.. semoga semuanya dipermudahkan.. Aamiin..

    BalasPadam
  19. Mesti lepas ni harga sayuran tu semua tinggi WP macam bawang India tu.

    Allah turunkan sesuatu musibah untuk peringatan buat kita semua kerana kasih sayangNYA.

    BalasPadam
  20. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    BalasPadam
  21. Mungkin Allah swt nk bagi peringatan kpd kita...pilih tanaman yg sesuai contoh kelapa sawit walau krg lumayan dari tanaman nanas md2 yg lumayan tp persekitaran x sesuai...org tamak termasuk pegawai pertanian selalu rugi.

    BalasPadam