Ada sepohon durian klon D2 di dusun WP yang berusia lebih 40 tahun dan sudah banyak kali berbuah. Walau pun berbunga lebat tetapi pokok ini biasanya menghasilkan buah yang tidak banyak kerana putiknya kurang menjadi. Cuma kali ini buahnya agak lebat juga. Buah durian D2 paling digemari kerana rasanya yang enak, sedikit pahit dan isinya yang tebal dan lembut.
Durian D2
Tuaian durian D2. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan
bertukar lebih cerah apabila matang.
Mempunyai tangkai yang pendek dan besar.
Saiznya sederhana lingkungan 1.5 - 2 kg sahaja
Daging buah durian D2 yang dibuka.
Warnnya kuning terang dan isinya agak lembut.
Seulas sahaja.
Seulas lagi.
Makan seulas dah kenyang kerana dagingnya yang tebal
dan bijinya yang kesep.
Salam bertani.