Musim durian sudah ke penghujung. Beberapa jenis buah-buahan bermusim lain pula akan menyusul. Buah-buah manggis, rambutan dan cempedak mula menjengukkan diri di gerai-gerai buah-buahan di tepi-tepi jalan. Beberapa pokok cempedak klon dan cempedak kampung di dusun WP sedang meriah berbuah. Cuma kali ini wak tak sempat nak buat penjarangan buah atau membungkusnya.
Pokok cempedak ni sudah dua kali berbuah.
Buahnya rendah-rendah dan boleh dicapai tangan.
Dua minggu lagi bolehlah menuai.
Ni pokok cempedak setahun jagung.
Baru pertama kali berbuah lebih kurang 10 biji.
Sepohon pokok cempedak dewasa.
Buah-buah cempedak bergayutan di dahan.
Tak sempat nak bungkus.
Menunggu masa penuaian.
Cempedak klon CH28
Pokok ni pun baru pertama kali berbuah.
Lebih kurang 3 tahun umurnya.
Setangkai dua biji.
Untuk dapatkan buah yang berkualiti sepatutnya setangkai
tinggalkan sebiji sahaja.
Petua memilih buah cempedak yang sesuai untuk dituai,
tangkainya bertukar warna daripada hijau ke perang/kuning.
Beberapa biji penuaian sulung.
4 kg sebiji.
Buat goreng pun sedap agaknya.
Salam bertani.
Wah seronoknya ada kebun dan pokok sendiri, puas makan kan. Cantik buah dan isi cempedak.. kat pasaran mesti mahal nie..
BalasPadamAduh! Pakcik. Kesukaan Fiza ni. Di Sarawak sekarang ni bukan musim... Tak jumpa pun lagi di gerai².😋
BalasPadambanyaknya buah cempedak wak...nampak elok semuanya besar2..
BalasPadamFuyooo sedapnya. Menjadi betul buahnya tu
BalasPadamSemangat tengok kuningnya tu..walau pokok yang ada baru setahun jagung..tapi buahnya alhamdlillah.
BalasPadamwaduh...waduh...
BalasPadambyknya buah cempedak tuuu...
Ya allah menjadi betul pokok cempedak yang WP tanam ni...geram plak SA tengok hasilnya..ni la namanya berbudi kepada tanah kan...hasilnya lumayan
BalasPadambestnya wak, harum semerbak bau nya tuh
BalasPadamBanyak betul buahnya tuu WP. Alhamdulillah :)
BalasPadammasya Allah, lebat berbuah cempedaknya. Gambar terakhir itu, sedapnya nampak ulas-ulas cempedak tu wak..!!
BalasPadamsubhanallah! walaupun tak sempat berbungkus, buah cempedak kat dusun WP berbuah cantik dan menjadi..cempedak ni memang sedap kalau dapat goreng..hehe..
BalasPadamMasya Allah kebatnya buah mujur pokok Boleh tampung berat Kali Ni kan
BalasPadamMeriahnya buah-buahan WP
BalasPadamMeriahnya... Alhamdulillah.
BalasPadamsedap tu buat cempedak goreng...kalau makan panas2 dgn teh o lagi mengancam!
BalasPadamAssalamualaikum wp
BalasPadamSubhanallah! meriah sungguh buahnya. Berkenan pula melihatnya. kalau dekat dah tentu saya kecek...hahaha
LEBAT CEMPEDAK WP WALAU XDIBUGKUS TAK DISERANG SERANGGA PEROSAK ELOK SAJA
BalasPadambestnya ada kebun boleh makan hari2 ni... kita xde kebun huhuhu... dekat la dusunWP ni kalau dekat teringin g beli la hahaha
BalasPadamSukanya tengok pokok cempedak setahun jagung tu. Buah tak padan pokok. Mesti baja dan tanahnya baik. Semua pokok meriah berbuah.
BalasPadambanyak betul buah yang ada dekat kebun WP, sebenarnya berapa luas kebun WP?
BalasPadamAduhai bila masuk blog WP mengingatkan saya pd zaman kecik2 dulu. Semua buah yg WP tanam Ada dikebun kecil mak.. skrg hanya tinggal sebatang dua pokok aje.. Dan Ada juga yg tiada seperti cempedak ini ðŸ˜ðŸ˜
BalasPadamMak aihhh...berbulu pokoknya dengan buah
BalasPadamSaya suka makan gitu je.. bijinya rebus.. Pergh!! Nikmat rasanya..
BalasPadam