Salam bertani
Hari ini wak membeli beberapa jenis baja untuk keperluan tanaman di dusun dan tanaman di sekeliling rumah. Kebetulan sekarang beberapa pokok buah-buahan bermusim sedang mengeluarkan bunganya terutama pokok-pokok durian. Maknanya, pada awal tahun 2020 nanti ada lagi musim durian dan beberapa jenis buah-buahan lain.
Wak beli baja kimia (sebatian dan tunggal) serta baja organik proses. Sekarang masa yang sesuai untuk menabur baja kerana musim hujan dan pokok-pokok akan mengeluarkan pucuk baru tak lama lagi.
Beberapa jenis baja untuk keperluan tanaman di dusun
dan kawasan sekeliling rumah.
Baja sebatian yang mengandungi 3 unsur (NPK)
Dikenali sebagai baja gemuk.
Sesuai untuk semua jenis tanaman yang sedang membesar,
sayur-sayuran berdaun serta untuk merawat pokok dewasa
yang kurang sihat.
Baja sebatian Nitrophoska Biru.
Sesuai untuk pokok dewasa untuk menggalakkan pembentukan
bunga dan buah juga untuk sayur-sayuran jenis berbuah.
Mengandungi unsur NPK dan lain-lain.
Kandungan K yang lebih tinggi untuk pembentukan bunga dan buah.
Sesuai untuk pokok buah-buahan.
Baja organik proses.
Sesuai untuk anak pokok,
tanaman dalam polybeg dan pasu,
sebagai campuran media semaian
dan untuk merawat tanah.
Boleh juga digunakan untuk pokok dewasa,
sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
Baja kimia tunggal yang mengandungi unsur Kalium sahaja.
Untuk ditaburkan pada pokok durian yang sedang berbunga dan berbuah.
Kandungan Kalium yang tinggi (60%) untuk menghasilkan
buah yang lebat dan berkualiti serta mengelakkan
serangan penyakit.
Senarai harga belian.
Salam bertani.